"Bersilat Itu Hobi"

Monday, April 20, 2009 Leave a Comment

Bagi saya, bersilat sebagai hobi tidak pernah wujud.

Orang dahulu belajar silat kerana keselamatan. Menjadi rutin dan amalan biasa sebagai warga malaya untuk mempertahankan tanah airnya. Menjadi tanggungan ke atasnya untuk menjaga keluarga dan saudara maranya.

Soal hobi tidak pernah wujud pada masa lalu.

Kini budak sekolah bersilat kerana ada yang merasa silat itu hebat dan mengikut minat kawan. Tetapi secara tidak sedar, mereka tidak bertahan lama. Ada yang bersilat kerana minat sungguh dengan silat, tetapi samakah dengan hobi?

Sebelum itu saya ingin merujuk kepada beberapa kata-kata guru Gayong yang menjadi pegangan saya antaranya.

Cikgu Idris bin Shaffiee (Penyelaras Utama Pusat Latihan Kajang Utama)
"Silat Seni Gayong (belajar dan mengajar) ini adalah satu perjuangan dan bukan lagi berdasarkan minat atau hobi. Kalau kita tidak mulakan, sampai bila silat ini takkan ke mana dan tiada pewarisnya" (PLKU, 2007)

Cikgu Awang bin Daud
"Kalau awak semua ni tak belajar dan mengajar Gayong, takan nak harapkan yang rambut putih (mat salleh) mari mengajar awak"
"Silat ini berdasarkan minat, kekalkan dan teruskan dalam Gayong. Kalau takde minat, tak boleh nak buat apa."

Pakngah Izahar Batu Kurau
"Orang kalau dah takde minat pada Gayong, jangan dipaksa" (Subang, 2008)
"Siapa pun kalau boleh terus mengajar Gayong, memang saya pun akan hormat dia" (Batu Kurau, 2008)
"Saya ni orang tua dah, buah pinggang pun tinggal satu je. Tak larat dah. Siapa lagi kami nak harapkan kalau bukan gurulatih muda macam kamu" (Batu Kurau, 2007)

Cikgu Rasip Wahab (Pusaka Gayong Selangor)
"Silat ni hak kita dan tanggung jawab kita dalam mengekalkannya" (Puchong, 2005)
"Silat ini antara mencari sebab, kalau esok kita mampu mengatasi lawan, kita boleh kata nasib baik aku belajar silat" (Kepong, 2005)

Saya tidak ingin menjawab persoalan tetapi ingin tinggalkan persoalan bahawa adakah cukup pengorbanan dan tindakan kita dalam merealisasikan hasrat para pendekar mahupun Arwah Dato' untuk Silat Seni Gayong terus hidup di bumi ini.

Sebab itu saya juga menekankan dan sering mengulangkan kepada pelatih saya bahawa-

"Ilmu Gayong ini takkan habis dan khatamnya. Ilmunya luas dan banggalah dengan ketamadunan ilmu datuk nenek awak ini. Seorang pejuang adalah seorang yang amat konsisten dan komited dengan matlamatnya. Adakah awak seorang pejuang dalam Silat Seni Gayong?

"Saya tidak minta banyak kecuali sekiranya awak mampu mengekalkan satu gelanggang sahaja bagi kamu itu sudah cukup baik. Saya tidak minta kamu gila silat seperti saya. "

"Setiap kali membuka dan menutup gelanggang, bacaan alFatihah, alIkhlas dan selawat turut disedekah kepada guru Gayong, selama mana awak mahupun pelatih awak ada murid, selagi itu pahala awak dapat."

Lihatlah kepada tingkah anak muda melayu kini yang jelek dari sudut fesyennya dan juga sifat. Akademik anak melayu kita, cuba kita fikirkan perjuangan kita dalam mengubah ekonomi dan akademik anak-anak muda kita terutama dari sudut disiplin dan sikap mereka. Apa sumbangan kita?

0 comments »

Leave your response!