, ,

Persembahan Demo Silat di Komplek Perumahan Kakitangan Kerajaan Jalan U-Thant pada 18.04.2009

Monday, April 20, 2009 Leave a Comment

Atas permohonan rakan SeGayong daripada Komplek Perumahan Kakitangan Kerajaan Jalan U-Thant, Pandan pihak kami bersama beberapa rakan telah hadir ke sana untuk demo ringkas sempena pengenalan Silat Seni Gayong kepada penduduk di sana. Latihan Silat Seni Pusaka Gayong di sana akan diajarkan oleh Cikgu Adi daripada Pusaka Gayong Terengganu dan latihan akan diadakan seperti berikut:

Setiap Sabtu, Jam 9.00 malam (selepas Isyak)
Dewan komplek Perumahan
Latihan dimula pada 09.05.2009

Majlis yang dijadualkan bermula pada jam 9.15 malam hanya bermula sejam kemudian atas beberapa sebab. Atas kelewatan tersebut, pihak kami terpaksa menghadkan demo pihak kami dengan ringkas bagi mengelakkan kelewatan dalam menghantar beberapa peserta demo pada malam tersebut.

Alhamdullilah, pelatih kanak-kanak terakhir yang dihantar adalah jam 1.30pagi oleh saya sendiri selebihnya dihantar oleh Abang Dir Husin dan Mujahid. Terima kasih atas sokongan para penjaga semua.

Selain demo tangan kosong daripada anak-anak Gayong Masjid As Salam yang baru berlatih 2 bulan, pihak kami telah mengadakan beberapa demo senjata sebagai pengenalan kepada pelatih dewasa yang baru memegang bengkung putih kosong. Antaranya:

Jai & Kamal - Keris II
Shah & Zulkifli - Tongkat Pendek I
Man Sarawak & Dir Hussin - Rotan II
Sidek & Mujahid - Tangan Kosong
Abu Hassan & Hazil - Parang II (Hijau Cula)

Kesemua demo yang ditampilkan adalah memuaskan berdasarkan ini demo mereka yang pertama dan masih dalam lingkungan pelatih tangan kosong.

Demo juga turut diserikan oleh pesilat-pesilat berpengalaman daripada Gelanggang Intan Baiduri di bawah pimpinan Cikgu Mat Wahab. Gambar dan Video akan dikemaskini kemudian.


0 comments »

Leave your response!