,

Perluasan Gelanggang Ke Seluruh Zon Di Bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Wednesday, April 22, 2009 Leave a Comment

Terkini, pihak kami telah menubuhkan gelanggang latihan dengan bantuan penuh Majlis Perwakilan Penduduk MBSA di Zon 5 (seksyen 16) dan 22 (Taman Bukit Subang). Manakala pembukaan gelanggang di MPP Zon 10 masih dalam pertimbangan pihak Encik Kamarudzaman bin Sanusi sebagaimana yang diemailkan ke meja kami.

Atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak Anak Gayong kami baru-baru ini, pihak kami telah meneruskan usaha memohon pembukaan gelanggang Silat Seni Gayong secara serentak kepada kesemua MPP Zon di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam kecuali dewan MBSA yang terdapat di Zon tertentu yang telah diadakan Silat Seni Gayong oleh mana-mana pertubuhan.

Sekiranya sudah diadakan Silat Seni Gayong di dewan MBSA di kawasan Zon terbabit, pihak kami akan menarik balik permohonan kami dan akan terus menyokong pelaksanaan dan latihan yang sedia ada.

Permohonan secara terus ini juga selain bertujuan meluaskan gelanggang Silat Seni Gayong dan mempromosi kembali kegemilangan nama Silat Seni Gayong, pihak kami amat berharap dengan permohonan awal ini akan mendapat pertimbangan segera daripada pihak MPP Shah Alam selaras dengan satu demontrasi silat yang kini telah diaturkan bagi membuat satu demontrasi di hadapan keseluruhan Ahli Jawatankuasa MPP Shah Alam secara serentak pada Mei 2009.

Demontrasi tersebut mungkin akan menghimpunkan kesemua pesilat dewasa bagi permainan senjata bagi memberikan pengalaman awal kepada demontrasi memandangkan pelatih dewasa yang terlibat adalah pesilat baru dan mungkin bakal menerajui gelanggang-gelanggang yang sedia ada kelak. Manakala demontrasi turut akan melibatkan Anak Gayong cilik dan remaja yang mana pihak kami kini dalam usaha untuk melatih mereka untuk demontrasi yang bakal melibatkan 50 pesilat.

4 comments »

  • SH said:   This comment has been removed by the author.
  • Man CSI said:  

    Ade org tergugat tue. Patutnyer diberi sokongan ini idak!Meh kita pakat kembangkn Gayung, kalau ada kelebihan pd cg sham, kita ambil yg positif dan tiru agar lebih baik dari sham. Komplain x majukan kita. cg sham, minta unban saya

  • AimanUiTM said:  

    kpd -HAMBA ALLAH YANG PERJUANGKAN NASIB2 GURULATIH...

    Jgn suka melaga-lagakan orang kerana dosanya antara sesama manusia dan kekal selamanya sehingga dimaafkan-

    Jgn suka membesarkan cerita seolah malapetaka akan tiba krn bimbang ia dilihat sebagai rutin dlm hidup kita-

    Dipesan Rasullulah SAw bhs dengki itu dibolehkan dalam 3 perkara. Maka ambil ikhtibar dan buat lebih baik drpd org yang kami dengki bukan nak cantas dia-

    Sekranya tidak tahu, sila bertanya dengan sopan dan menerima apa jua perkara atas keadilan bkn nafsu semata-

    Istighfar & muzakarah atas kesilapan dan kekurang yang ada bg memperbaiki mutunya bukan mengutuk dan mencela krn ia membinasakan semua pihak-

    Sy cdgkan bhw sekiranya Kelab ini aktif, maka buktikanlah anda juga mampu aktif dan sebaiknya. Sama-samalah naik bersamanya.

    Sy percaya bhw kelab ini mahpun glatihnya mempunyai sistem pentadbiran dan perwatakan yg baik, maka kesemua perkara mudah bg mereka. Beljar lah dr mereka. Jgn hidup mencela-

    Sy mohon kpd -HAMBA ALLAH YANG PERJUANGKAN NASIB2 GURULATIH... agar hentikan membuat cerita mengenai kelab ini mahupun ckg-ckgnya krn perkara remeh mahupun kuasa-

    melihat pd IP anda, sy cadgkan sekiranya kuasa menjadi asas dengki mahupn pentadbiran mantap mereka, anda boleh berjumpa ckg syam dan bincang-

    Sy melihat IP anda diblock dalam beberapa sudut oleh admin web ini. dan ini IP dan address anda loggin anda sekrang-

  • Gayong Pusaka Subang Perdana said:  

    assalamualaikum..saya mewakili kepada pihak yang nak melaga2kan saya dan cikgu syam memohon ampun maaf kepada cikgu sham..saya amat kesal dengan apa yang terjadi..mungkin kerana terlalu taksub kot..jadi saya mohon hentikan segera semua ni...xde faedah langsung...kepada cikgu sham saya harap jgn la kerana perkara sebegini cikgu sham bermasam muka ngan saya...saya kesal sangat ngan apa yang terjadi ni...saya x pernah pun nak dengki2 ngan sesiapa..jadi saya bagi cadangan supaya block kan komen2 menghasut ni..walaupun dari anak2 buah saya sendiri saya pasti amik tindakan tegas klu saya tau diorg yg buat benda2 yang x berfaedah mcm ni...saya mohon maaf sekali lagi...assalamualaikum...

    fariz...

  • Leave your response!