, ,

24.05.2009 - 14.06.2009: Latihan Intensif Silat Sempena Cuti Sekolah

Monday, June 01, 2009 Leave a Comment

Sempena cuti sekolah ini gelanggang akan menjadi lenggang dan itu menjadi tradisi kerana masing-masing ada perancangan tersendiri sempena cuti sekolah. Ada balik kampung dan ada yang bercuti di mana-mana tempat yang dikira menarik bagi meluangkan masa bersama keluarga.

Jangan lupa ada ahli yang berkahwin juga di masa cuti sekolah. Siapa dia, sendiri mahu ingat!

Lengang yang biasa terjadi di gelanggang kelab bukanlah tiada latihan langsung. Sekiranya ahli mencecah 40 orang maka latihan di hari cuti sekolah sebegini akan hanya dapat dilihat hanya lebih kurang 20 yang datang latihan. Hilang separuh dengan aktiviti cuti mereka.

Atas kehadiran yang tidak penuh sepanjang musim cuti sekolah ini, pihak kelab menggalakkan gurulatih menjalankan latihan berbentuk stamina dan praktikal bagi melasakkan pergerakan mereka dalam silat tetapi berunsurkan disiplin dan mengekalkan Islamik dalam perbuatan dan tutur kata.

Peringkat pertama latihan telah diadakan pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah yang mana ujian dan latihan stamina diadakan di gelanggang Masjid AsSalam, Puchong Perdana, Bandar Bukit Puchong, Bandar Pusat Puchong, Kota Damansara dan Taman Bukit Subang dalam mengukur daya tahan serta stamina mereka dalam latihan. Latihan stamina berbentuk jogging, ducking, kicking dan ambush defence dibuat pada peringkat pertama.

Minggu lepas latihan yang sama dipraktikkan tetapi bilangan telah ditambah dan ukuran stamina diambil kira melalui pernafasan dan kesihatan sedia ada. Ternyata tekanan terhadap latihan pertama membuat latihan kedua lebih ringan dan senang. Tetapi ada yang tidak datang kerana penat latihannya. Tapi yang mengagumkan ada juga yang datang awal kerana nak buat perkara sama.

Latihan minggu kedua (minggu pertama cuti sekolah) turut memberikan latihan pertahanan diri berbentuk latihan seni kepada semua peringkat umur yang mana dilatih melalui teknik cekik(Taman Bukit Subang), teknik kaki(Kota Damansara), teknik peluk(Puchong Perdana & Taman Bukit Subang) dan teknik serangan (Masjid AsSalam).

Selain daripada memberikan kesan positif dalam pergerakan silat Anak Gayong kami. Kami amat berharap dengan mengenepikan silibus dalam tempoh ini akan memberikan peluang kepada mereka yang bercuti tidak ketinggalan dalam latihan kelak.

Teknik dan latihan stamina akan dipanjangkan pada minggu ketiga melalui tempur bebas secara yang akan menggunakan peralatan tempur sepenuhnya. Ini melihat pada prestasi selepas mengadakan latihan stamina di minggu pertama dan kedua, Anak Gayong dilihat semakin agresif tetapi telah mampu mengekang pergerakan mereka kepada kelajuan dan ketepatan yang dikehendaki tanpa mencederakan dan menyakiti tubuh lawan.

Sempena cuti sekolah ini juga, pihak beberapa gelanggang membuat kempen bersenam bagi meningkatkan stamina Anak Gayong terutama anak Gayong kanak-kanak dan remaja.

3 comments »

  • farhana said:  

    pesilat muda sekarang beruntung sebab dpt pembelajaran silat dari kecil.

    P.S.S.G.M
    Bandartun RAzak.

  • Anonymous said:  

    betu tu farhana...cume sye kesalkan sesetengah pertubuhan silat memberi ilmu yang tidak berguna kepada ank murid nye sehingga memudaratkan ank muridnye sendiri

  • aiza said:  

    contoh ilmu mcmana tu?

  • Leave your response!