, , ,

Laporan Kembara KSSG – Gayong PASAK, Singapura

Thursday, July 23, 2009 Leave a Comment

Kesempatan berada di Singapura atas urusan kerja tak disia-siakan bila mana ada masa terluang untuk mengeratkan siratulrahim sesama anak-anak gayong di Singapura. Dengan bantuan Cikgu Azlan Abu Hasan, saya sempat melawat satu gelanggang dan bertemu dengan Pak Husin Kaslan dan anaknya Cikgu Rahim Husin selaku Guru Tertinggi Silat seni Gayong PASAK, Singapura

13 Julai 2009 - Melawat gelanggang Cikgu Ismail dan isterinya Cikgu Salmah.

Gelanggang ini terletak di kawasan Jurong. Kehadiran saya di sambut mesra oleh Cikgu Ismail (Abang Mail) dan isterinya Cikgu Salmah (Kak Salmah), sehingga mereka terpaksa menghentikan buat sementara latihan kerana asyik bercerita tentang Gayong di Singapura.

Gelanggang ini begitu unik sekali kerana ianya di kendalikan oleh sepasang suami isteri. Saya amat kagum dengan semangat sepasang suami isteri ini dalam menggembangkan Gayong di Singapura. Kaum Melayu merupakan kaum minoriti di Singapura dimana 80% penduduknya adalah kaum Cina. Yuran belajar Gayong lebih murah dari seni beladiri lain dan gurulatih mendapat bayaran yang tak seberapa untuk satu sesi latihan, tetapi bagi guru-guru Gayong ini, bukan wang yang di cari tetapi menyebarkan Gayong menjadi keutamaan mereka. Kegigihan mereka ini patut menjadi contoh kepada semua gurulatih.

Selesai latihan dan tutup gelanggang, saya rasa terharu apabila abang Mail mengarahkan semua anak muridnya bersalam dengan saya. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan abang Mail yang tali pinggang hitam cula 5 tu! Anak-anak Gayong disini memang dilatih dengan disiplin yang tinggi. Sementara menunngu abang Mail tukar pakaian, saya pun bertanya kak Salmah :

'akak! berapa umur abang Mail?'

Kak Salmah : 'kalau Abu teka betul nanti kita orang belanja makan special'

saya pun jawab '43 tahun'

Kak Salmah pun ketawa besar 'haah 43 tahun? Dah nak pencen dah 55 tahun!'

Terkejut saya, sebenarnya saya agak dalam 37 tahun, saja je tambah sikit jadi 43, rupanya lebih lagi. Abang Mail dan Kak Salmah memang awet muda.

Dalam pukul 11 mlm kami pegi makan kat gerai sebelah gelanggang bersama Cikgu Azlan, Dr. Saiful (naib presiden PASAK). Semasa tengah makan sibuk cerita punya cerita, rupanya Abang Mail dan kah Salmah ni memang otai dalam Gayong. Depa belajar dengan ADMAR masa di Singapura patutla hebat!

14 Julai 2009 - Melawat Pak Husin Kaslan dan Cikgu Rahim Husin (Guru Teringgi Silat Seni Gayong PASAK)

Rumah Pak Husin terletak di Punggul, Singapore. Masih ditemani oleh cikgu Azlan untuk ke rumahnya dengan menaiki train dan seterunya bas untuk sampai ke rumah Pak Husin.

Saya tiba di rumah Pak Husin ngam-ngam waktu magrib. Kami disambut mesra oleh isteri Cikgu Rahim, dimana cikgu rahim tengah bersolat magrib ketika itu. Masuk jer dalam rumah, saya terus dibawak ke bilik Pak Husin. Saya tergamam seketika bilah melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil orang sakit, seorang tua yang kelihatan lemah dan lesu. Terdetik rasa besalah seolah menggangu orang yang sakit sedang berehat. Saya terus bersalam dan memperkenalkan diri nama dan sebagai anak Gayong dari Malaysia.

Kemudian Pak Hussain mula nampak segar sikit dan dia mula bercerita pasal Gayong di Singapura terkejut saya bila suaranya memecah kesunyian rumah, dah tak macam orang sakit. Dalam sibuk berbual itu saya dapat lihat dalam diri Pak Hussain sebagai pejuang Gayong sejati, semangatnya masih kuat! Perbualan dihentikan seketika untuk solat Magrib.

Selesai solat, saya di hidangkan dengan makan dan minuman yang enak-enak dan sambil makan saya, Cikgu Rahim bercerita tentang perkembangan semasa Silat Seni Gayong di Singapura dan asam garamnya.

Dia menerangkan yang PASAK itu adalah singkatan dari Pekumpulan Anak-anak Seni Sandiwara Angkatan Kesenian dimana ianya adalah persatuan untuk aktiviti kesenian seperti lakonan, kebudayaan melayu dan sebagainya dan Silat Seni Gayong salah satu daripada aktiviti tersebut, tetapi Gayong lebih menonjol daripda aktiviti lain dan sekarang tinggal ativiti Gayong sahaja.

Untuk maklumat lajut bolehlah melayari www.gayongpasak.org. Cikgu Rahim juga meluahkan hasratnya tentang penyatuan Gayong yang akan banyak memberi manfaat kepada kita anak-anak Gayong khususnya.

Selesai makan saya ke bilik Pak Husin, berbual dan mengambil sekeping dua photo dan terus berbual lagi, namun akhirnya perbualan kami terpaksa dihentikan kerana kesuntukkan masa, pekhidmatan train dan bas akan tamat tak lama lagi, dan sebelum berangkat pulang Pak Husin memberi beberapa nasihat kepada sesiapa mengajar Gayong :
  • Menjadi jurulatih mesti kena banyak sabar
  • Jangan marah-marah/tengking-tengking murid di tengah-tengah gelanggang
  • Kalau murid salah, nasihat cara baik di tepi gelanggang, beritahu dia apa kesalahan dia.
  • Kalau salah murid masih berlarutan jugak, hukum saja (ketuk ketampi ker, push up, dll), tak perlu marah-marah/tengking-tengking.
  • Kalau hendak membuat seuatu keputusan yang penting, pastikan rujuk kepada Guru-guru utama/tua yang lebih berpengalaman.
  • Jangan biarkan diri dipengaruhi oleh anasir-anasir luar/jahat.
Setakat ini sahaja Kembara KSSG ke Singapura, jutaan terima kasih kepada Cikgu Azlan yang banyak membantu sepanjang lawatan saya.

0 comments »

Leave your response!