, ,

Amanat & Harapan Guru Lama - Tahap Gayong Anda Bagaimana?

Tuesday, August 04, 2009 Leave a Comment

Saya mengajar Gayong semenjak umur 13 tahun di Juaseh, Negeri Sembilan. Dah 49 tahun (secara rasmi bermula tahun 1960) saya mengajar tanpa pernah berhenti (mengajar sahaja tidak termasuk belajar dari tangan ADMAR). Mengajar silat ini adalah untuk amalan jariah dan kesihatan saya. Kalau boleh, Allah nak ambil saya pun, biarlah mati dalam gelanggang silat..

- Cikgu Ismail Chik, Pulau Pinang (02.08.2009)

Moral:
Pakat-pakat kita fikirkan mengenai kedudukan kita yang masih ditepian gelanggang tanpa rasa peluh dan kudrat dalam melaksanakan amanah Silat Seni Gayong dalam melahirkan anak melayu yang kuat dari sudut jatidirinya.

Kita masih dok merenung dan mengangankan pangkat dan darjat tanpa meluangkan masa sedikitpun untuk berbakti kepada masyarakat melalui Silat Seni Gayong.

Kita cakap melebihi petir tetapi melupakan kudrat lama sebegini yang telah lama berbakti dan masih tidak jemu berbakti dengan penuh ikhlas tanpa balasan. Kita berlatih tenggelam timbul apatah lagi nak berpeluh mengajar anak muda kita.

4 comments »

  • Anonymous said:  

    Salam SeGayong..mmg respect pada semangat Cikgu Mail..guru yang mendidik dan menerangkan sifat-sifat pelajaran Seni Gayong, perkara bidaah dan syirik serta membezakan antara yang benar dan karut.Salah 1 prwatakan beliau juga ialah sentiasa merendah diri dan tidak mengajar seni Pusaka Gayong mahupun Gayong M'sia sebaliknya beliau mengajar SENI GAYONG..Alhamdulillah saya dapat berjumpa dan belajar Seni Gayong daripada beliau dan semoga Allah sentiasa memberkati usaha beliau mengembangkan Seni Silat Gayong dan melindungi kesihatan beliau..Amin..(SABAH)

  • SH said:  

    Cikgu Kaza ke ni?

  • Dia said:  

    assalamualaikum...terima kasih pada admin yg menulis ttg cerita Cikgu Mail yg disayagi..sememangnya cikgu mail sorg yg suka merendah diri, berhati lembut ttapi agak tegas..saya amat kagumi cara beliau..tak pernah amik peduli atau hiraukan benda2 negatif @ ttg perkara2 buruk yg telah dilakukan oleh bekas2 ank murid beliau yg skrng sedang gah dngn pangkat masing2 dlm gayong..hanya Allah saja yg akn membalas segalanya..semoga cikgu Mail sihat dan dilindungi Allah selalu....

  • SH said:  

    Wsalam wbrt. Terima kasih kembali. Selaku Anak Gayong yg masih mentah dan kini aktif mentadbir dan mengembangkan Gayong, kami sentiasa memberikan peluang baik kepada Anak Gayong kami dan guru-guru tua Gayong demi berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam memberi tanggapan baik mengenai Silat Seni Gayong.

    Lawatan dan juga program melibatkan pelbagai gurutua daripada pelbagai pertubuhan akan terus kami laksanakan bagi kebaikan bersama.

    Bagi kami, mereka adalah aset paling berharga dalam Silat Seni Gayong yg harus diangkat kembali demi kebaikan ilmu Silat Seni Gayong.

    terima kasih.

  • Leave your response!