Jawapan Kepada Email (13): Kesetiaan Anak Buah Dalam Gayong

Tuesday, September 15, 2009 Leave a Comment

....... Adakah semua anak buah cekgu setia dan kekal? bagaimana nak bagi diorang kekal bersama kita? ...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Guru-Guru saya kata "Gayong hanya pada orang yang minat. Tak minat jangan dipaksa". Maka berpegang pada itu, saya tidak ralat sekiranya anak Gayong mahupun pelatih saya datang dan pergi. Apa yang pasti kami sebagai gurulatih amat berbangga sekiranya tugas tersebut mampu kami pikul dengan baik dan mampu memberikan kesan positif dalam masyarakat.

Lagipun kami bukan baru dalam bidang ini, kami dah korbankan masa kami semenjak tahun 90an dengan turun mengajar tanpa apa jua balasan nama baik mahupun dipuja.

Dalam tempoh itu, kami dapat betulkan sedikit sebanyak soal ibadat dan syariat anak Melayu yang tersasar. Dalam tempoh itu, kami mampu tanamkan sikap malu yang sepatutnya menjadi sebahagian sikap orang Islam. Kesannya, 90% yang kekal bersama kami sehingga bengkung hijau biasanya agak berlainan sikapnya berbanding remaja yang lain.

Itu kami bersyukur dan selaku ahli masyarakat kami telah melakukan separuh tugas yang memberikan impak di masa depan mereka. Kami bukan disuruh tetapi ikhlas kami jangan dipersoalkan.

Sepanjang berGayong, kami hanya mendidik anak Gayong dengan perkara baik dan berniat untuk merubah ke arah kebaikan. Selain daripada isu keagamaan dan tingkah laku. Kami cuba sedaya upaya untuk mengubah peningkatan akademik dan juga ekonomi ahli kami. Itu kami telah lakukan dan terbukti berkesan selama ini.

Dalam soal mendidik, tiada apa jua fanatik kami tanamkan. Samada fanatik kepada kami selaku guru mahupun kepada Silat Seni Gayong seolah silat yang terbaik. Kita manusia, maka kami didik agar berfikir dan bertindak cara manusia. Jangan bongkak kerana itu sikap yang mampu dimiliki Allah SWT.

Tanpa penerapan yang fanatik dan pendekatan yang mendekat (abang adik), Anak Gayong kami tidak pernah diikat. Mereka datang dan pergi, kami tidak pernah persoalkannya. Cuma kami masih komited dalam memberikan tenaga, masa dan wang ringgit kami kepada silat ini dalam merealisasikan masyarakat yang lebih baik.

Saya juga pernah berpesan, "kalau siapa yang datang saya terima, kepada siapa yang pergi, saya masih kawan selagi kamu tidak sombong. Tapi untuk hubungi kamu atas soal silat, saya mohon maaf, saya tidak pernah mencari makan melalui silat. Saya tidak perlu menjaga hati kamu."

0 comments »

Leave your response!