Jawapan Kepada Email (14): Harga Bengkung Silat Seni Gayong Pada Anda

Sunday, September 20, 2009 Leave a Comment

....... Pak Hussain pernah kata blackbelt Gayong Malaysia harga 20sen. Ada komen?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Semasa kenyataan itu dikeluarkan adalah merujuk kepada PSSGM. Namun ia dikeluarkan atas beberapa peristiwa dan keadaan semasa yang turut melibatkan beliau pada satu ketika dahulu. Perkara ini disentuh sedikit semasa lawatan kepada beliau di Singapura tempohari sekiranya tidak silap.

Namun, kritikan dan sindiran ini turut ditempiaskan kepada PSSPGM mahupun mana-mana Anak Gayong lain. Persoalannya, adakah perlu melenting dan menafikannya. Bagi saya, lebih baik kita mengambil masa untuk berfikir sejenak tahap dan taraf sumbangan kepada Gayong dan sebanyak mana layaknya kita kepada bengkung yang cukup bangga dililit di pinggang.

Persoalan kedua, bagaimana ukuran kepada kelayakan bengkung diambilkira. Adakah dikira dari sudut senioriti. Atau daripada sudut pembelajaran ilmu-ilmu tempur Gayong?. Atau kehebatan penguasaan ilmu-ilmu tempurnya. Atau apa pula ukuran yang digunapakai oleh pihak anda?

Pada pandangan saya, pendapat kritis beliau tersebut mungkin atas beberapa sebab yang kini menampakkan terlalu mudah untuk mendapatkan bengkung di dalam Gayong (tanpa mengira pertubuhan) Malah kini banyak pula trend bengkung anugerah ataupun Sandang yang banyak condong kepada 'bodek' yang mana jelas terdapatnya kepentingan peribadi golongan tertentu melampaui kepentingan majmuk dalam pertubuhan. Dalam contoh paling ringkas, politik mula mewarnai perjalanan Silat Seni Gayong.

Dahulu pun politik telah memasukki Gayong tetapi perjalanannya amat berbeza dan ahli politik banyak membantu perkembangan Silat Seni Gayong dan Anak Gayong turut membantu situasi politik dan sosial pada masa itu tanpa mengharapkan balasan dan kepentingan peribadi.

Bila terbaca ayat-ayat kritis daripada tokoh Gayong tersebut di Majalah Senibeladiri, saya secara peribadi terfikir satu perkara iaitu pandangan kritis itu dikeluarkan seolah-olah telah jelas bahawa ramai kini menjadikan Silat Seni Gayong sebagai batu loncatan bagi kepentingan peribadi tanpa mengutamakan kemajuan Gayong sebagai matlamat utama.

Pakat-pakat fikir!





2 comments »

  • pang5 said:  

    saya cukup stuju politik sudah mula mewarnai ptubuhan2 senibeladiri ni mlalui anugerah2 bodek ni..kdg2 org politik ni x layak nak dbagi anugerah pun klu dari latar belakangnya yg kononnya mempertahankan Agama dan bgsa...

  • SH said:  

    kami setuju!

  • Leave your response!