, ,

Latihan Di Bulan Ramadhan

Sunday, September 06, 2009 Leave a Comment

Sebagaimana yang dijadualkan, bulan Ramadhan ini tidak menghalang pelatih kami untuk meneruskan latihan seperti biasa sebagaimana bulan-bulan yang lain. Penat dan kesuntukan masa bulan alasan yang baik untuk lari daripada latihan malah satu tindakan yang baik dalam menjana 'peluh' secara berterusan.

Ramadhan telah masuk ke 2/3 tempohnya dan minggu depan akan menjadi minggu terakhir latihan di Pusat Latihan KSSG bagi pelatih dewasa sebelum bercuti selamat 2 minggu bagi memberikan laluan kepada Idilfitri. Antara aktiviti pembukaan minggu kedua Idilfitri kelak akan diteruskan dengan tradisi rumah terbuka KSSG yang mana terbuka kepada semua para ibu bapa mahupun pesilat luar.

Dalam bulan Ramadhan ini, latihan banyak berkisarkan silibus dan latihan stamina serta pecahan di ketepikan buat sementara kecuali ada persoalan yang dibangkitkan. Manakala latihan weight masih dijalankan seperti biasa.

Alhamdullilah, beberapa silibus untuk bakal pemegang bengkung merah kosong sudah dilatihkan walaupun ada yang agak mengeluh tetapi amat puas dengan susunan silibus yang telah dilatih tersebut yang agak berseni dan ngeri (kalau kena gaya). Antara silibus Pra-Merah yang tengah dilatih:

  • Asas Serangan, Elakan dan Gerakan Senjata Pisau & Tongkat;
  • Asas dan Buah Serangan Kaki - Baru 7 buah dan masih berbaki lagi 14 buah;
  • Asas dan Buah Cekik - Baru 7 buah dan masih berbaki 14 lagi;
  • Pecahan Kunci 1 & 2 - Telah habis kesemuanya 14 biji buah;
  • Pecahan Pukulan 1 & 2 - Baru sempat tunjuk-tunjuk tapi belum dilatih lagi;
  • Buah Kombat - Selesai semuanya
  • Buah Pisau - Baru Serangan Anak Sungai selesai manakala serangan pasak menyusul;
  • Pecahan Kelapa & Genting - Ini semua dah lepas agaknya;
  • Lompatan - yang ini mungkin masalah sebab pelatih dewasa, semuanya dah keras.
Manakala beberapa pelatih Bengkung Putih dan Hijau, InsyaAllah mungkin akan diselesaikan akhir bulan Oktober 2009 dan sedia untuk ujian bulan November 2009 sebagaimana yang dirancangkan.

Atas beberapa sebab dan tindakan yang bakal dirombak di dalam sistem ujian bengkung kelak akan memperlihatkan sistem ujian bakal diketatkan oleh pihak kami dan beberapa pembaharuan dalam ujian akan diketengahkan. Antara cadangan ujian yang bakal diketengahkan ialah:
  • Penguji adalah seminima 2 orang Penguji;
  • Penguji-Penguji terdiri daripada Anak Gayong yang telah berGayong melebihi 10 tahun;
  • Ujian dibuat secara individu iaitu satu persatu;
  • Ujian terhadap silibus akan dibuat secara keseluruhan dan rawak;
  • Asas akan dibuat dalam bentuk praktikal;
  • Pecahan Papan atau Genting di wajibkan bagi semua peringkat (Telah dimulakan pada ujian bulan Julai 2009);
  • Markah Adat ditambah dengan Disiplin khas dan Al Quran;
Kesemua ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat akan datang selepas Idilfitri di kalangan AJK dan Pesilat dewasa KSSG bagi menerangkan kesemua cadangan dan cadangan serta komen bagi pelaksanaannya yang bermula pada Oktober 2009.

0 comments »

Leave your response!