Jawapan Kepada Email (11): Semangat Untuk Terus Bergayong

Wednesday, August 26, 2009 Leave a Comment

....... Mcmana nak semangat untuk terus belajar dan mengajar Gayung?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Ada beberapa perkara dari sudut pandangan saya boleh diambil sebagai perangsang mahupun semangat bagi terus bergayung. Antaranya;

Ilmu tradisi
Sememangnya kita tidak ingin merendahkan mana-mana ilmu senibeladiri lain samada silat ataupun senibeladiri luar kerana apa yang diajarkan kepada saya ialah tidak fanatik terhadap apa yang kita ada dan kesemuanya adalah sama dalam sudut ilmu.

Tetapi jika diberikan pilihan maka Silat Seni Gayong adalah perlu kerana ia adalah ilmu seni beladiri tradisi yang diasaskan, disebarkan, dimiliki dan didisiplinkan selaras dengan tradisi budaya kita sendiri iaitu bangsa Melayu.

Maka mana ada senibeladiri yang lebih baik untuk mendisiplinkan budaya orang kita sekiranya bukan yang berumbikan dengan budaya ilmu orang melayu sendiri.

Bukti Keilmuan Masyarakat Melayu
Silat Seni Gayong meliputi kesemua gerakan seperti asas, elakan, tangkisan, pukulan kuncian dan lain-lain yang melibatkan tangan kaki serta anggota badan lain selaku tambahan. Selain daripada itu, ilmu senibeladiri ini merangkumi juga ilmu melibatkan hampir kesemua senjata masyarakat melayu yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai budaya ketamaddunan ilmu yang amat tinggi.

Pahala
Setiap apa yang dilakukan dengan ikhlas maka pahala balasannya. Setiap yang dilakukan dengan niat bukan untuk suatu peribadi dan inginkan keberkatan dan serta keredhaan Allah SWT maka pahala ganjarannya.

Sekiranya ada niat baik tambahan dalam tindakan kita selaku pengajar sebagaimana saya tekankan kepada gurulatih kami seperti silat ke arah membentuk disiplin masyarakat melayu terutama golongan muda. Malah selain itu melalui silat kita berniat agar dapat melahirkan kepimpinan yang baik dalam masyarakat kita, maka apa jua niat baik itu, pahala adalah balasannya. Banyak niat sampingan lain boleh dilahirkan seperti menghindarkan gelaja sosial dan sebagainya.

Sekiranya kita pula bertindak selaku gurulatih maka jika ada pelatih kita meneruskan perjuangan ini, maka pahala kepada kita akan terus berjalan biarpun badan kita hancur dimamah bumi kelak. InsyaAllah

Kesihatan
Ramai yang mengabaikan soal kesihatan. Amat berat untuk kita amalkan apa jua senaman ringan kerana masalah kekangan masa dan sebagainya. Tetapi silat mampu dilaksanakan kerana hanya minat yang akan membuat pelatih berterusan di gelanggang, maka secara tidak langsung kita menyumbang kepada kebarangkalian masyarakat yang lebih sihat termasuk kita.

Dengan kesihatan yang lebih baik, maka ibadah kepada Allah SWT akan jadi lebih mudah. Secara tidak langsung, isu pahala sekali lagi memainkan peranan penting.


0 comments »

Leave your response!