, , ,

Latihan Sabtu: 16 Asas Buah Cekik

Tuesday, November 10, 2009 Leave a Comment

Seperti biasa, hari sabtu kami di Gelanggang Bandar Pusat Puchong berlatih senaman asas silibus dan malam sabtu lepas kami berlatih beberapa asas Buah Cekik.

Buah Cekik yang sebagaimana silibus yang kami terima dan ajarkan sebagai silibus ialah sebanyak 21 satu Buah Cekik yang mana 7 buah + 14 buah. Buah Cekik sebagaimana silibus kami adalah berdasarkan Buah Cekik yang diajarkan di Kelantan dan menampakkan kesamaan dalam silibus 14 buah dengan apa yang dilatih di Negeri Pahang semasa dilihat dalam satu kursus silat 10 tahun lalu.

Malam sabtu lepas, oleh kerana kebanyakannya masih lagi berbengkung putih dan hijau yang masih belum habiskan pelajaran kombat (13), Asas Yoi (9), Pecahan Kuncian 1 & 2 (wajib-14) dan Pecahan Pukulan 1 & 2 (Wajib-14) maka latihan Asas Buah Cekik yang dicuba-cuba pada sabtu lalu hanya tertumpu pada asas tekniknya sahaja dan bukannya silibus secara satu persatu.

Sebanyak 8 asas cekik (2 depan) dan 2 asas cekik (2 tangan belakang) diulangkaji sebagai latihan asas silat dan dicampurkan dengan 6 asas cekik yang dikembangkan sebagai pertahanan serangan 'peluk'. Kesemuanya 16 asas dibuat latihan sebagai senaman asas selama 2 jam sebagai pengenalan Buah Cekik yang akan mereka pelajari sebelum mampu mengikat bengkung merah kosong di pinggang mereka.

Dalam latihan silibus, serangan cekik di buat dengan 2 tangan dan satu tangan daripada hadapan, belakang dan tepi.

Latihan berakhir seperti biasa pada jam 11.40 malam dengan sedikit perbincangan bersama mengenai asas Buah Cekik dalam aplikasi seni sendi.

Melalui perbincangan sebegini secara berterusan, pihak kami amat berharap dengan pengalaman dan pengamatan Anak Gayong dewasa kami akan memberikan lebih input untuk latihan bersama.

2 comments »

  • Anonymous said:  

    cekik sbenarnye masa bengkung mana cg? -adlikl

  • kemuncup said:  

    byk lagi kena belajar nih knp la banyak buah tak masuk silibus

  • Leave your response!