, , , , ,

Pembelian 30 Keping Matress Silat Standard Pertandingan

Monday, December 07, 2009 Leave a Comment

"Demi kebaikan perjalanan dan perkembangan Silat Seni Seni Gayong di masa depan, kami cabar kepada Anak Gayong gelanggang lain untuk terus menunjukkan dan membuktikan semangat dan komitmen anda dalam mengembangkan perjuangan ini"

Alhamdullilah, setelah beberapa sumbangan dibuat oleh Anak Gayong Puchong pihak kami berhasil untuk memperolehi 30 keping matress silat yang berstandard pertandingan silat untuk diletakkan di pejabat kami yang merupakan tempat latihan persendirian kami. Ini membuatkan kos anggaran pembelian melebihi RM4000.00.

Yang lebih kami banggakan, hanya 9 orang yang memberikan sumbangan dan penerimaan sumbangan bagi matress terpaksa dihentikan kerana telah mencukupi dan telah melebihi sasaran kami. Malah terdapat lagi lebihan wang sumbangan beberapa ratus ringgit Malaysia untuk dibelanjakan.

InsyaAllah, mungkin ang sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli beberapa peralatan silat termasuk senjata silat dan kursus yang bakal diadakan.

Kepada Anak Gayong dewasa yang masih nak memberikan sumbangan, sebarang sumbangan akan disalurkan kepada tabung kelab 2010 untuk kegunaan program lain di tahun 2010. Kepada Anak Gayong selain gelanggang Bandar Pusat Puchong, pihak kelab tidak mahu membebankan dengan menerima sumbangan daripada pihak anda kecuali yuran pendaftaran tahunan bagi 2010 sahaja.

Sekali lagi, pihak kelab mengucapkan tahniah kepada Anak Gayong di Puchong. Pengorbanan dan komitmen anda amat kami hargai.

4 comments »

  • Anonymous said:  

    tabik spring sungguh usaha puok demo semua ni. mcmana cg sham semangat sgt ni, siapa pemmotivasi utama nii

  • SH said:  

    Saya melihat guru lama yang amat komited dan bersusah payah dalam melahirkan asas yang ada. Kenapa kita nak runtuhkan?

  • Anonymous said:  

    tahniah atas pembelian matress silat..harap lepas ni anak-anak gayong bawah seliaan KSSG subang jaya berlatih bersungguh-sungguh dan penuh tekun..syabas!!! (faiz)

  • SH said:  

    Terima kasih Faiz. Bukan masalah tekun berlatih sama sahaja sebenarnya. Tapi Ahgamdullilah komitemen yang ditunjukkan. Dengan pembelian tersebut harap dapat memudahkan latihan dan penganjuran kursus selepas ini terutama bagi kanak-kanak.

  • Leave your response!