,

Yuran Pendaftaran Tahunan Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya

Tuesday, December 08, 2009 Leave a Comment

FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
7.1. Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah membayar yuran tahunan kepada kelab.

Bil. Jenis Ahli Yuran Tahunan
1. Ahli Biasa RM 15.00
2. Ahli Kehormat TIADA
3. Ahli Remaja RM 15.00

7.2. Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Febuari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

7.3. Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa Induk berhak membatalkan keahlian ahli berkenaan.

7.4. Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula. Beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran tahunan dan penalti sebanyak RM20.00. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Induk berhak tidak mengenakan sebarang denda penalti sekiranya dirasakan perlu. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

Sehubungan dengan itu, borang-borang tahunan dan keahlian akan mula diedarkan mulai minggu hadapan bersama surat makluman pihak kelab (bagi pesilat remaja dan kanak-kanak) bagi membolehkan kutipan dibuat sebelum Februari 2010.

Borang pendaftaran tahunan dan bayaran tahunan sebanyak RM15.00 setahun perlu dikepilkan bersama bagi memudahkan urusan pihak kelab.

Wang pendaftaran tahunan dan ahli baru sebanyak RM15.00 akan dibahagikan menurut perlembagaan PSSPGM dan wang keahlian baru dan tahunan akan dihantar kepada pihak PSSPGM Pusat di Gurun Kedah sebagaimana yang dilaksanakan semenjak 2006 (setahun sebelum KSSG didaftarkan). Manakala selebihnya akan disimpan oleh pihak Bendahari kelab bagi kegunaan kelab yang mana kebanyakannya digunakan untuk pelbagai program silat mahupun dana kecemerlangan akademik Anak Gayong dan bantuan tajaan dalam apa-apa jua program.

Pembayaran sebanyak RM15.00 setahun bagi yuran tahunan adalah diwajibkan kepada semua termasuk gurulatih-gurulatih tanpa apa jua diskriminasi dalam melaksanakan perancangan tahunan kelab.

Setelah pembayaran keahlian dan tahunan dibuat sebanyak RM15.00, resit akan diberikan dalam bentuk kad keahlian tahunan sebagaimana biasa iaitu berwarna kuning dan mempunyai data peribadi termasuk nama, alamat, pencapaian bengkung, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian tahunan.

Nombor kad keahlian tersebut adalah antara syarat utama untuk ujian bengkung dan pengeluaran sijil oleh pihak kelab bermula daripada Mei 2009.

Kerjasama pihak ahli amat dihargai.

0 comments »

Leave your response!