, , , ,

Pertemuan Ringkas Antara Dua Rakan Di Kuala Lipis Serta Majalah Lama

Thursday, December 10, 2009 Leave a Comment

Pertemuan telah cuba dibuat dan dirancang beberapa kali di Kuala Lumpur dan di Kuala Lipis tetapi asyik terbengkalai dek masalah masa dan komitmen lain. Namun Alhamdullilah baru-baru ini, sempat juga saya (shams) bertemu muka dan sembang ringkas dengan salah seorang Anak Gayong yang banyak menyumbang info melalui internet.

Ramai yang mengenalinya di laman maya tanpa mengenali siapa gerangan Anak Gayong tersebut. Alhamdullilah, pertemuan tersebut diharapkan dapat merapatkan hubungan saya secara peribadi dengan beliau dan juga kelab kami dan juga beberapa guru Silat Seni Gayong kelak.

Anak Gayong yang dimaksudkan ialah Cikgu Amru daripada Teluk Intan yang kini bertugas di Kuala Lipis yang juga lebih dikenali sebagai Tok Dukun Pun Pengsan (TDPP).

Walaupun pertemuan tersebut amat ringkas memandangkan saya mempunyai komitmen lain selain mengejar masa untuk latihan di Kuala Lumpur pada sebelah malamnya, Alhamdullillah pertemuan ringkas di Benta bersama keluarga beliau adalah satu penghargaan kepada pihak kami dalam meluaskan hasrat kami untuk mengenali guru-guru Gayong dan individu yang mempunyai komitmen tinggi dalam Silat Seni Gayong ini.

Butiran mengenainya tidak saya akan panjangkan di sini, bagaimanapun antara yang saya ingin kongsikan adalah dalam pertemuan tersebut saya dan pihak kelab diberikan penghargaan untuk menyimpan kesemua bahan bacaan lama seni beladiri seperti Seni Silat, Pendekar, Seni Beladiri dan beberapa majalah lain yang mana mulai di kumpul oleh beliau seawal pertengahan 1980an.

Apa yang menarik lagi edisi yang diberikan sebagai cenderamata itu merangkumi edisi pertama majalah Pendekar yang diterbitkan oleh A. Rahman Hassan pada tahun 1980an.

Kebanyakan majalah Pendekar lama ini ada berusia melebihi 21 tahun yang mana secara peribadi saya merasakan ramai antara Anak Gayong saya di Puchong belum lagi lahir atau masih kecil pada masa tersebut dan saya masa tersebut masih di birai Sungai Kelantan dalam mengintai gelanggang Silat Seni Gayong di rumah Pak Jab di Kampung Tikat, Kelantan.

Sebagaimana yang dijanjikan, majalah tersebut akan dibinding hard cover dan disimpan bagi rujukan dan pembacaan Anak Gayong di bawah seliaan kelab ini. Bagaimanapun, urusan tersebut hanya akan selesai pada Februari 2010 dan hanya boleh dilihat dan dibaca selepas tarikh tersebut. Selain daripada hard cover, beberapa scanning kepada beberapa majalah tertentu mungkin dibuat untuk urusan rekod pembacaan kami.

Pihak kelab juga akan berkongsi dengan pihak pembaca mengenai majalah tersebut setiap minggu bermula 01.01.2010. Setiap minggu pihak kami akan memasukkan beberapa gambar lama yang diambil daripada majalah-majalah tersebut bagi membangkitkan nostalgia dan perkongsian beberapa maklumat daripada majalah-majalah lama tersebut.

Pihak kami berharap dengan tindakan sedemikian, kesemua pihak terutama pembaca web ini mendapat manfaat bersama. Apa pun, pihak kami amat menghargai dan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Amru. Terima kasih, Cikgu!




0 comments »

Leave your response!