Demo Silat Di Masjid Kota Damansara Mendapat Pujian
Tuesday, July 20, 2010
Leave a Comment
"Demo silat semalam di Masjid Kota Damansara menerima pujian melambung terutama ada AJK tidak percaya yang itu persembahan daripada pesilat gred terendah yang tidak pernah grading malah baru berlatih 3 bulan dan bermain senjata dengan baik walaupun tidak 'berseni' mana. AJK, Yang Berhormat dan Jemputan semua memuji kalian. Ramai pula berminat nak join geng dewasa ni.. Kita tengok dan lihat." - Status KSSG di Laman Facebook KSSG
Alhamdullilah, semalam berlangsung dengan jayanya demo ringkas sebagai selingan dalam masjlis Makan Malam Amal bagi mengutip dana kemiskinan di Daerah Padang Terap. Dengan kehadiran hadirin dan jemputan yang membanggakan dan Yang-Yang Berhormat Ahli Parlimen Malaysia.
Walaupun agak sedikit kegerunan pada mulanya kerana ini demo silat kedua dalam hidup mereka kerana masih lagi dalam 3 bulan latihan dan baru tidak sampai 2 bulan dilatih dengan team demo bagi pelajar sekolah. Kegerunan dengan tempat yang sempit, kehadiran yang ramai dan juga bergelanggangkan tar tidak melemahkan semangat enam pesilat yang sudi meluangkan masa semalam.
Pihak kelab secara langsung ingin merakamkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada peserta semalam iaitu; Asyraf Muda (Chap) dan juga Faizal bagi Tempur Senjata Selengan. Daniel dan Azizi bagi Tempur Kosong dan Nazrin Shah (Naz) dan Faiz Faqih bagi Tempur Keris 2. Terima kasih juga untuk barisan pengiring kehormat; Cikgu Abu, Cikgu Sopi, Nick, Malik, Lan dan Tok Syeikh Serban Merah.
Aksi akrobatik lompat melompat dalam tempur semalam langsung tidak menjejaskan permainan mereka walaupun tar menjadi alas badan. Malah secara peribadinya, permainan mereka lebih baik daripada apa yang di laksanakan di Masjid As Salam pada bulan lepas.
Malangnya majlis yang diadakan di laman hadapan Masjid Kota Damansara agak malap dan gelap bagi mendapatkan video mahupun gambar yang baik. InsyaAllah, gambar daripad apihak masjid sekiranya diperolehi, pihak kelab akan pamerkan dalam masa terdekat.
Dengan kelancaran demo tersebut, banyak pujian diterima oleh pihak Cikgu Shams selaku gurulatih di Masjid Kota Damansara (setiap Ahad, 9.15 malam). Malah pengambilan ahli baru mungkin akan merancakkan lagi pada minggu hadapan.
Rata-rata memuji permainan Anak Gayong yang disebut di atas termasuk hadirin dan VIP serta AJK Masjid Kota Damansara dan mereka juga tidak percaya yang 6 Anak Gayong di atas hanyalah baru sahaja belajar Silat Seni Gayong dan dilatih tidak melebihi 3 bulan dan masih belum memegang mana-mana bengkung dalam organisasi KSSG.
Hehe..pengalaman 2 yg penting buat kami..
Pengalaman masih banyak untuk diterokai. Lepas SPM nanti bersilat la banyak mana pun takper. Sekarang ni setakat lepas geram dan minat sahja
turun kan ku ilmu mu mahaguru.....
mai gelanggang jangan malas!