Sebesar Mana Peranan Awak Dalam Masyarakat Melalui Seni Gayong

Thursday, July 08, 2010 Leave a Comment

Gambar Arwah Bapak Kusmedi / Pak Cemong, Guru Besar Silat Pamacan Cimande yang meninggal dunia pada 26.05.2010 lalu

Gambar di atas tiada kaitan dengan Silat Seni Gayong tetapi hanya untuk tatapan daripada luar supaya lebih mudah faham apa yang ingin dikongsikan bersama. Sebagaimana Pamacan Cimande, Silat Seni Gayong bukan satu silat yang besar tetapi lebih kami ingin katakan sebagai silat yang mampu dalam pelbagai segi. Baik segi pentadbiran mahupun segi perkembangan seni ilmu itu sendiri. Ternyata Seni Gayong bukan sahaja mampu bertapak di Malaysia selaku tempat ia diasaskan oleh ADMAR tetapi negara-negara lain. Begitu juga Pamacan Cimande, pesilat mahupun gurulatihnya cukup digemari dan dikenali diseluruh dunia maka ilmunya berkembangkan. Tetapi bersediakah kita untuk mengembangkan ilmu Seni Gayong kepada masyarakat kita mahupun dunia, atau kita hanya mampu bersembang sebagai penyedap lidah sahaja.

Kami ingin mengajak pesilat mahupun Anak Gayong mengingatkan kembali perjuangan guru-guru kita yang kini kita panggil sebagai guru lama yang mana masih ramai antara mereka masih mengajar silat, membuka gelanggang-gelanggang dan berpeluh di tengah permainan kunci dan pukulan.

Semasa usia mereka masih ada, kita lawati dan senangi mereka. Bukan kehebatan mereka jadi sandaran, sekurangnya kita boleh ambil sedikit sebanyak aura mereka dalam semangat dan azam mereka dalam mengembangkan Seni Gayong. Isu gelanggang adalah isu yang kami lihat isu paling rumit setakat ini dalam mengembangkan Seni Gayong mahupun melahirkan Anak Gayong dan masyarakat lebih berdisiplin dan berkualiti. Tidak ramai yang bersemangat untuk turun ke gelanggang sebagai gurulatih atau pembantu gurulatih.

Teringat pada kata seorang guru lama -"kalau semangat kami macam kamu semua hari ini, kamu takan sempat belajar silat ini."

Cuba kita renungkan dan fikirkan apa bekal jati diri yang bakal kita tinggalkan kepada generasi kita kelak.

2 comments »

  • Anonymous said:  

    diam_diam menyindir nyindir ni.

  • SH said:  

    Hanya berpesan-pesan kepada rakan-rakan sperjuangan agar tiada yang riak dan takabur dengan apa yang ada sehingga lupa matlamat sebenar perjuangan.

  • Leave your response!