Wanita & Silat Seni Gayong

Saturday, July 10, 2010 Leave a Comment


Kalau membicarakan soal penglibatan wanita dalam Seni Gayong, sememang kaum wanita menjadi peransang kepada perkembangan Seni Gayong di Malaysia. Cuba lihat kebanyakan guru-guru lama Seni Gayong kebanyakannya adalah beristerikan gurulatih wanita Seni Gayong yang turut menyumbangkan tenaga dan semangat kepada si suami dalam mengembangkan Seni Gayong.  

Kini untuk mencari Anak Gayong wanita aktif dalam bergelanggang mahupun sebagai pelatih baru amat sukar kecuali kepada gelanggang kolej, universiti atau sekolah sahaja. Malah kebanyakan yang aktif juga akan terhenti aktivitinya termasuk aktiviti pentadbiran apabila mempunyai teman samada sebelum dan selepas akad.

Suatu ketika Seni Gayong menjadi kegemaran kaum hawa dalam mempelajari seni mempertahankan diri disamping memperkemaskan disiplin dan jati diri melalui Silat Seni Gayong, tetapi kini sambutan kaum wanita kian hambar.

Kami terfikir samada ini trend semasa masyarakat kita atau sedikit sebanyak minat wanita kepada silat teralih kepada seni lain. Dalam beberapa pengalaman, ada yang menyatakan bahawa silat nampak keras sangat dan tidak sesuai dengan wanita. Kami menjawab persepsi itu amat salah dan Seni Gayong masih sesuai untuk orang veteran sekali pun.

Pasti ada sebab kepada perubahan budaya dan pemikiran wanita tentang silat mahupun Seni Gayong. Cuba kita renungkan kerana mungkin sebagai pesilat, kita menyumbangkan kepincangan disiplin dalam masyarakat yang membuatkan silat tidak digemari. 

Sebagai gurulatih, mungkin hala tuju yang tersilap dengan adab dan contoh yang terseleweng membuatkan silat mahupun Seni Gayong dipandang serong.

Siapa tahu, andalah penyebab kaum hawa dalam masyarakat kita tidak berminat dalam silat lagi.

0 comments »

Leave your response!