Latihan Khas Silat Olahraga

Monday, August 02, 2010 Leave a Comment


Alhamdulillah, bermula daripada 28.07.2010 sehingga 08.08.2010 latihan silat olahraga akan dibuat di beberapa tempat yang ditentukan pihak kelab kepada beberapa individu terpilih.

Latihan akan merangkumi semua aspek penting dalam Silat Olahraga dan juga stamina. Ini berikutan permintaan daripada ahli kelab kepada latihan lasak dan serangan bebas, maka latihan Silat Olahraga diaturkan bagi melasakkan pergerakan pesilat. 

Tetapi pesilat masih diingatkan bahawa Silat Olahraga bukan satu silat tetapi sukan semata-mata dan latihan adalah tertumpu kepada stamina. Manakala ilmu dan falsafah tradisi silat harus diutamakan.

Antara beberapa tempat yang bakal menjadi tempat latihan praktikal ialah di Gelanggang Utama Kelab, Bandar Pusat Puchong, Masjid As Salam dan Seksyen 8 Shah Alam. Manakala latihan stamina dan kardio seperti telah dimaklumkan terlebih awal.

Harap program sebegini dapat memberikan manfaat kepada pesilat.

3 comments »

  • Anonymous said:  

    sapa yang ngajor silat olahraga tu..??

  • SH said:  

    pakat-pakat ajarkan..

  • roslani75@yahoo.com said:  

    molek ah...!.

  • Leave your response!