Ujian Bengkung Bagi Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya
Wednesday, August 04, 2010
Leave a Comment
Alhamdullilah, ujian bengkung yang diwar-warkan sebelum ini akan dibuat pada minggu ini melibatkan ujian bengkung putih kosong sahaja. Antara gelanggang yang terlibat ialah Gelanggang Masjid As Salam, Gelanggang Sesyen 8 Shah Alam, Gelanggang Pusat KSSG, Gelanggang Bandar Bukit Puchong dan Gelanggang Jenjarom.
Masa dan tempat ujian boleh dipilih dan diadakan seperti berikut:
Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam - 03.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua gelanggang
Gelanggang Masjid As Salam, Puchong - 04.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua gelanggang.
Gelanggang pusat KSSG, Bandar Pusat Puchong -05.08.2010 selepas isyak. Terbuka kepada semua pelatih dewasa sahaja.
Seperti biasa, markah lulus bagi semua ujian bengkung bagi KSSG adalah seminima markah 50/100 dan ujian putih kosong akan dijalankan serentak oleh 2 orang penguji.
Bermula daripada Ogos 2010, ujian bengkung akan diuji oleh penguji yang terpilih kriterianya seperti;
Bengkung Putih - 2 orang gurulatih yang (1) mempunyai minima 1 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 2 tahun (3) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG.
Bengkung Hijau - 3 orang gurulatih yang (1) mempunyai seminima 2 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 3 tahun (3) Biasa menghadiri majlis Adat & Pentadbiran Gayong (4) Pengalaman mengadakan demontrasi silat (5) Hafaz keseluruhan ayat-ayat lazim al Quran (6) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG
Bengkung Merah - 5 orang gurulatih yang (1) mempunyai pengalaman mengajar seminima 10 gelanggang latihan (2) Pengalaman mengajar gelanggang minima selama 15 tahun (3) Biasa menghadiri majlis Adat & Pentadbiran Gayong (4) Pengalaman mengadakan demontrasi silat (5) Hafaz keseluruhan ayat-ayat lazim al Quran (6) Terlibat dengan kegiatan amal masyarakat (7) Mempunyai kredibiliti dan dihormati oleh ahli KSSG.
harap2 saya lulus ujian ni..
amin
lulus semua.. cuma markah agak ramai rendah