Showing posts with label silibus. Show all posts
Showing posts with label silibus. Show all posts
, ,

SILIBUS SENI KOMBAT TONGKAT

Sunday, January 19, 2020 0 comments


Dah upload di Youtube bagi kemudahan susunan silibus bagi semua gururlatih Sendi Harimau seluruh Malaysia.
Read the full story

, , , ,

VIDEO BELA DIRI

Saturday, January 04, 2020 0 comments



Ada permintaan.
PERTAMA - Kenapa Sendi Harimau tidak buat video seni bela diri menerangkan tentang Sendi Harimau atau tentang teknik tertentu?
Jawapan - idea yg menarik dan telah dilaksanakan seperti susunan silibus dan telah disiarkan secara public di Youtube bagi rujukan kami sahaja. Video adalah tidak lengkap.
Manakala video teknik dan perkongsian am tentang silat sedang diatur. Cuma masalah pemilihan artis belum selesai ðŸ¤£
KEDUA - kenapa tidak siarkan kesemua temubual dengan guru lama dan cerita tentang hal-hal keilmuan dan sulit Seni Gayong?
Tidak boleh. Tidak akan dipertimbangkan. Rujukan sesama kami sahaja.
Read the full story

, , ,

SENDI HARIMAU CAMP 2019

Friday, December 13, 2019 0 comments



Sessi kedua kemasan silibus
Kombat & Tangkapan
Read the full story

, , ,

SENDI HARIMAU CAMP 2019



Sessi kemasan silibus pertama
5.00 petang - 7.00 petang
Read the full story

, , ,

SILIBUS SILAT - KUANTITI ATAU KUALITI

Sunday, October 27, 2019 0 comments


Ada orang minta belajar parang.
Ditanya kenapa saya, bukankah ramai guru yg ada semua itu. Pendek cerita, saya tak boleh ajar tanpa rujukan guru asal kamu. Nanti apa pula kata mereka.
"Ajar sesat
Ajar buah syok sendiri
Memandai ajar orang, macam dia pandai."
Itu andaian kerana itulah melayu. Semua rasa pandai. Semua ada iri hati kepada melayu yang lain.
Parang sahaja dah ada buah asas panjang dan pendek. Asas elakan. Buah bunuh. Buah serang. Buah tangkap. Gulung. Semua permainan parang 1hingga 4.
Katanya guru ada parang dan rantai. Bukan parang lawan rantai tapi senjata dirantaikan. Sebagai asas kepada pemainan gada-gada yang kini tiada bunyi langsung dah.
Silibus Gayong banyak. Lengkap dan kompleks. Sebab org dulu belajar dan belajar. Orang sekarang fikir peringkat dan bengkung. Bukan nak belajar memanjang macam orang dulu-dulu. Kini ramai terikat dengan masa dan kerja.
Bagaimana nak imbangi kesemua kekuranga ini dengan memajukan silat. Sebagaimana mendidik, semua perkara ikut zamannya.
Bagaimana nak pastikan silibus seiringan dengan pelajaran. Agar tidak ketinggalan tetapi tidak pula dibebankan.
Semoga semua silat boleh maju ke depan.
Read the full story

, , ,

VIDEO SENDI HARIMAU BARU

Monday, September 09, 2019 0 comments



Video berkenaan latihan, silibus dan media telah diuploadkan lagi. Bagi video latihan, tidak semua video adalah tepat. Hanya sekadar bagi ingat susunan dan cara sahaja. Sila rujuk kepada gurulatih kepada kemasan dan tatacara silibus yang tepat.
dan banyak lagi...
Harap sedikit video tidak lengkap boleh menaikkan nama silat dan menjadikan alternatif terbaik buat silat
Read the full story

, , ,

BERLATIH PARANG & SILIBUS LATIHAN GAYONG

Wednesday, June 19, 2019 0 comments


Malam ini ada latihan tetapi ada permintaan untuk latihan petang ini. Latihan parang. Permintaan orang lama untuk silibus Parang.
Kalau orang berkehendak, kenapa nak simpan. Belajar lah. Saya pegang pun bukan boleh bawa mati. Kalau ditinggalkan ilmu dan teladan, bolehlah pahala sedikit sebanyak.
Parang ini ada beberapa silibus. Gerakan ada 4 macam gerakan. Ada yang bergerak dan ada yang bergerak 21 dan 33 gerakan. Tidak kira yang bertukar dan update lagi.
Buah tangkapan parang ada 14 biji tetapi rasanya silibus hanya 7 biji. Kombat Parang (pukulan) ada 7 biji. Setiap tangkapan dan kombat ada 21 buah asalnya (asalnya sebelum itu katanya 49 buah). Saya tidak belajar penuh sampai 21 tetapi pecahan belajar lebih 41 biji. Tidak ingat susunannya!
Buah bunuh ada 12 biji. Ada 2 versi dan versi silibus saya tidak lebih dari itu sebab Bunuh Parang saya ambil daripada rakan sepermainan, Cikgu Sabli. Tak pernah jumpa buah bunuh parang sebelum itu. Cuma ada masa itu kami panggil senaman parang. Senaman tu sebiji macam Buah Bunuh Parang. Diajari lompat dan elak serta gerakan tikam, hayun, tebas dan sebagainya.
Ada Buah Hidup sebanyak 7 biji. Ada 4 jenis Buah Hidup. Semua berubah walaupun tak banyak.
Ada juga diajar tari parang. Bukan bawa parang menari tetapi lebih kepada gerakan menari sambil diajar mengendalikan parang dengan memusing-musing dan menukar posisi parang.
Bukan nak cerita lebihnya silibus kita, tetapi ada nampak status orang komen rendahkan silibus yang lain. Ilmu Gayong ini dizahirkan melalui ilham yang hadir daripada ilmu dan pengalaman. Silibus boleh bertukar, tetapi sifirnya tetap sama permainan.
Jangan kita rendahkan kelebihan orang. Jangan pula memuja apa yang ada.
Belajar banyak belum tentu ingat, apatah lagi nak pakai.
Belajar banyak sembang hebat, baik buka gelanggang.
Kalau nak join berlatih dengan kami, mai la.
Ada seorang kita berlatih sorang. Kalau ramai, kita berlatih ramai.
Biarlah apa orang kata.
Dulu kita main atas tanah, kita dah mampu sewa bangunan dan lengkap
Sekarang dah ada tanah besar dibuat gelanggang ratusan ribu.
Orang yang mungkin mengata kita masih macam dulu
Cuma mungkin dia ada darjat, kita takde kemana
Rehat kejap, nak fikir apa ilmu silibus nak menebas petang ni sebagai asas.
Shams
[+6013-9307961]
Read the full story

, ,

KURSUS GURULATIH 2.0

Thursday, January 03, 2019 0 comments


Kursus Gurulatih 
Konsep Silibus Kanak-Kanak
Penyeragaman Silibus
23.03.2019
Terbuka kepada Gurulatih Sendi harimau dan juga kepada mereka yang berminat nak menjadi gurulatih kami di seluruh Malaysia. 
Yuran belum ditetapkan. Kos yuran adalah termasuk penginapan, makan dan nota

Makluman lanjut sila rujuk di - https://www.facebook.com/events/807606772919058/ 


Read the full story

TALI PINGGANG HITAM SENDI HARIMAU




Tali pinggang HITAM bagi Gurulatih Sendi Harimau masih belum diadakan dan diberikan kepada mana-mana individu. Tiada ujian bagi pemegang tali pinggang hitam Persekutuan sebaliknya perlu memenuhi kriteria berikut;

O Telah khatam Qul lebih 3x;
O Telah mengajar silat lebih 15 tahun;
O Pemegang Bengkung kuning lebih 7 tahun;
O Umur lebih 40 tahun;
O Aktif dalam Sendi Harimau;
O Mempunyai sahsiah yang baik; dan
O Mempunyai kesihatan dan postur badan yang baik

Akan dianugerahkan Bengkung Hitam Pelangi I (satu) setelah memenuhi syarat di atas. Setiap pelangi akan bertambah setiap 7 tahun sekali.
Read the full story

SILIBUS KANAK-KANAK (TALIPINGGANG UNGU)

Monday, December 31, 2018 0 comments


NOTA: Bagi kanak-kanak di bawah 13 tahun, silibus am masih tidak terpakai dan hanya dilatih dalam 3 bentuk latihan iaitu, Tangan, Kaki, Gerakan, Elakan, Serangan, Jatuhan dan lompatan sahaja.

O Latihan Bayang & Beg tubi (Tangan & Kaki)
O Asas Tangan Am (3 Gerakan)
O Asas Tangan 27
O Asas Tangan (5-7 gerakan)

O Asas Kaki (4 gerakan)
O Asas Kaki (Empat Penjuru)
O Asas Kaki Am (Tapak Menanti & Menyerang)

O Elak Badan
O Elak Kaki
O Elak Yoi
O Elak Serang

O Serangan (3-5 serangan)
O Lompatan asas
O Sparring khusus x 2
O Wajib - Pertandingan Full Contact SH

Sertai kami di facebook Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
Read the full story

SILIBUS KANAK-KANAK (TALIPINGGANG JINGGA)



NOTA: Bagi kanak-kanak di bawah 13 tahun, silibus am masih tidak terpakai dan hanya dilatih dalam 3 bentuk latihan iaitu, Tangan, Kaki, Gerakan, Elakan, Serangan, Jatuhan dan lompatan sahaja.

O Latihan Bayang & Beg tubi (Tangan & Kaki)
O Asas Tangan Am (3 Gerakan)
O Asas Tangan 27
O Asas Tangan (4 gerakan)

O Asas Kaki (3 gerakan)
O Asas Kaki (Empat Penjuru)
O Asas Kaki Am (Tapak Menanti & Menyerang)

O Elak Badan
O Elak Kaki
O Elak Yoi
O Elak Serang

O Serangan (2-3 serangan)
O Lompatan asas
O Sparring khusus x 1

Sertai kami di facebook Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
 — at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia Read the full story

SILIBUS KANAK-KANAK (TALIPINGGANG COKLAT)



NOTA: Bagi kanak-kanak di bawah 13 tahun, silibus am masih tidak terpakai dan hanya dilatih dalam 3 bentuk latihan iaitu, Tangan, Kaki, Gerakan, Elakan, Serangan, Jatuhan dan lompatan sahaja.

O Latihan Bayang & Beg tubi (Tangan & Kaki)
O Asas Tangan Am (3 Gerakan)
O Asas Tangan 27
O Asas Tangan (3 gerakan)

O Asas Kaki (2 gerakan)
O Asas Kaki (Empat Penjuru)
O Asas Kaki Am (Tapak Menanti & Menyerang)

O Elak Badan
O Elak Kaki
O Elak Yoi
O Elak Serang

O Serangan (1-2 serangan)
O Lompatan asas

Sertai kami di facebook Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
 — at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.

Read the full story

SILIBUS KANAK-KANAK (TALIPINGGANG BIRU)



NOTA: Bagi kanak-kanak di bawah 13 tahun, silibus am masih tidak terpakai dan hanya dilatih dalam 3 bentuk latihan iaitu, Tangan, Kaki, Gerakan, Elakan, Serangan, Jatuhan dan lompatan sahaja.

O Latihan Bayang & Beg tubi (Tangan & Kaki)
O Asas Tangan Am (3 Gerakan)
O Asas Tangan 27
O Asas Tangan (satu gerakan)

O Asas Kaki (satu gerakan)
O Asas Kaki (Empat Penjuru)
O Asas Kaki Am (Tapak Menanti & Menyerang)

O Elak Badan
O Elak Kaki
O Elak Yoi
O Elak Serang

O Serangan (1-2 serangan)
O Lompatan asas

Sertai kami di facebook Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
Read the full story

,

SILIBUS KANAK-KANAK

Monday, June 12, 2017 0 comments


Pembaharuan kepada silibus kanak-kanak
Tumpuan kepada silibus ringkas dengan kelebihan sparring.
InsyaAllah semoga diberkati Allah SWT usaha kalian!
 — at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia. Read the full story

,

GERAKAN 27 - TAPAK ASAS TANGAN

Tuesday, May 05, 2015 0 comments

Read the full story

,

SILIBUS KANAK-KANAK DIMUATKAN DALAM YOUTUBE

Tuesday, January 20, 2015 0 comments



SILIBUS KANAK-KANAK DIMUATKAN DALAM YOUTUBE KAMI

Asas dan gambaran awal silibus kanak-kanak khas dirangka bagi melebihkan sparring, pattern (pelebat), Elakan, Serangan.


Beberapa video telah dimuatkan dan akan dikenalpasti sebagai milik gerakan kami. 




Ada sesetengah video dibuat kesilapan secara sengaja agar silibus asal tidak ditonjolkan dan dibuat secara silap dan ringkas. Sekadar ingatan dan promosi.


Read the full story

, ,

Latihan Buah Cekik & Latihan Demo Silat

Friday, February 04, 2011 0 comments

Gambar di gelanggang lama. Gambar Gelanggang Baru sila klik di sini

Sempena cuti yang panjang sempena Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina, ramai mengambil peluang untuk balik kampung dan bercuti di mana-mana. Maka latihan agak hambar dan latihan dimasjid pun hanya mencecah 18 orang sahaja 2 hari yang lepas. Manakala latihan di gelanggang pusat KSSG mencecah antara 6-10 orang sahaja. Terima kasih atas kehadiran.

Pada sabtu lepas kita telah mengulangkaji  Buah Cekik yang diturunkan kepada semua pelatih dewasa tanpa mengira bengkung. Dalam silibus KSSG terdapat 2 versi Buah Cekik yang diperolehi daripada proses pembelajaran dahulu. Satu versi mengandungi 7 buah cekik adalah silibus asas Silat Seni Gayong Pusaka Kelantan manakala satu lagi versi mengandung 12 buah cekik adalah dipelajari daripada orang lama yang sempat bergelanggang zaman Pakndak Majid dahulu.

Sabtu lepas versi buah cekik (12) telah pun diajar sepenuhnya dan terpulang kepada pelatih ingat atau sebaliknya kerana pembelajaran silibus khas hari sabtu tidak akan diulang.

Sementara latihan isnin dibuat latihan silibus biasa mengikut bengkung dan sedikit latihan demo silat dewasa di buat sempena cuti panjang yang melibatkan demo kahwin termasuk demo perkahwinan ahli KSSG yang bakal diadakan nanti.

InsyaAllah, hari sabtu ini sekali lagi revisi Buah Cekik 12 dan akan disambung dengan veri buah cekik 7 pada sabtu depan. InsyaAllah..




Read the full story

, , , , , , , , , , , , ,

Kempen Hari Gayong Setiap Sabtu. Hanya Untuk Yang Ikhlas Sahaja.

Sunday, January 02, 2011 9 comments

Jangan Lupa Klik SHARE



Menjelang Tahun Baru baru-baru ini, pihak Kelab ada membuat sedikit perbincangan yang mana di awal tahun ini ada beberapa program awal akan dilaksanakan yang mana akan membuatkan jadual kami padat sehingga Tahun Baru Cina. Program-program yang telah pasti akan dikemaskinikan pada masa terdekat nanti untuk makluman ahli dan juga rakan-rakan seperjuangan serta pendokong seni silat.

Kami mengambil kesempatan yang pertama di awal tahun baru untuk memaklumkan satu CABARAN khas kepada Anak Gayong yang berani menaikkan nama seni silat terutama Seni Gayong sahaja. Yang agak was-was mahupun malu atau tidak berani untuk bersama memperjuangkan disiplin yang banyak mendidik anak muslim, anda tidak patut terus membaca entri ini.

Cabaran dan kempen ini akan dimulakan oleh Anak Gayong di bawah Kelab kami bermula sabtu depan iaitu selepas 07.01.2011, pihak ahli kami akan memakai baju bertemakan/berlambangkan Seni Gayong pada Setiap Sabtu di mana sahaja kami berada kecuali ditempat yang tidak dibenarkan seperti tempat kerja atau sebagainya. Selain daripada itu, pada minggu hadapan Anak Gayong kami akan mula memakai baju Gayong terutama T Shirt pada setiap sabtu sebagai memberikan sokongan kepada seni silat terutama Silat Seni Gayong dan menaikkan kembali nama Seni Gayong di bibir masyarakat Islam Malaysia.

Selain daripada ahli KSSG yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa, baju-baju Seni Gayong juga akan dipakai oleh kaum keluarga Anak Gayong serta pasangan mereka apabila mendapat reaksi yang baik tempahan baju T Shirt KSSG 2011.

Kepada ahli-ahli KSSG yang ingin mendapatkan baju korporat mahupun T Shirt KSSG boleh berbuat sedemikian melalui gurulatih gelanggang atau terus di pejabat KSSG di Puchong. Cabaran dan kempen ini hanya untuk semua Anak Gayong yang ikhlas di hati sahaja. Yang pandai cakap sahaja, teruskan dengan mimpi dalam melihat kepupusan warisan disiplin melayu.

Bayangkan kalau semua pakai baju Seni Gayong pada sabtu, tak mengira pertubuhan Seni Gayong kami pasti yang mereka ini akan bertegur sapa dan silaturahim antara kita lebih erat. Cuma persoalannya; Adakah anda berani & ikhlas?
Read the full story

, ,

Keputusan Ujian Kenaikan Bengkung Dewasa di Gelanggang Pusat KSSG

Wednesday, August 11, 2010 6 comments

Kesemua 5 pesilat yang diuji malam tersebut lulus.

Keputusan ini hanya kepada pelatih dewasa yang menjalani ujian bagi putih kosong pada 05.08.2010. Hanya 5 pelatih diuji untuk mendapatkan putih kosong. Beberapa pelatih telah diuji di Gelanggang lain kerana pemilihan masa yang sesuai bagi mereka.

Manakala ujian putih cula dan hijau kosong dan selebihnya tidak dibuat atas alasan tidak dibenarkan oleh gurulatih gelanggang, Cikgu Shams atas alasan tidak 'cukup kredit' walaupun silibus telah melepasi tahap silibus yang diperlukan untuk ujian tersebut. Keputusan dan markah adalah seperti berikut:

Mohd Johari  - 74.5 markah - LULUS
Mohd Firdaus - 68 markah - LULUS
Abdul Malik - 75 markah - LULUS
Mohd Helmi - 71.5 markah - LULUS
Mohd Hanif - 83.5 markah - LULUS - Markah Tertinggi

Kepada yang kecewa tidak dapat sertai ujian, harap dapat memahami bahawa KSSG dihormati atas dasar disiplin dan konsep kualiti yang berbeza.

Read the full story

, ,

Keputusan Ujian Kenaikan Bengkung di Gelanggang Masjid As Salam

Tuesday, August 10, 2010 0 comments

Kesemua 38 pesilat yang dibenarkan mengambil ujian, adalah lulus.

Ini hanya melibatkan keputusan bagi ujian kenaikan bengkung putih kosong bagi pesilat daripada Gelanggang Masjid As Salam, Gelanggang Bandar Bukit Puchong dan Bandar Saujana Putra. Hanya 38 orang sahaja dibenarkan untuk mengambil ujian oleh gurulatih gelanggang iaitu Cikgu Shams dan Cikgu Shahril. Selebihnya akan dibuat selepas Aidilfitri tertakluk kepada kebenaran gurulatih bertugas.

Manakala pesilat Gelanggang Masjid As Salam yang bakal mengambil bengkung putih cula dan hijau kosong akan diuji selepas Aidilfitri sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini dan prestasi dan kredibiliti untuk kebenaran ujian akan dimaklumkan kelak.


Keputusan bagi pasukan ujian pertama adalah seperti berikut:

Muhd Shafiq bin Abdul Razak - 69 markah - LULUS
Mohd Hamir hafiq bin Hamizan - 67.5 markah - LULUS
Muhd Nashrul bin Nor Mat - 69.5 markah - LULUS
Muhd Haffizi bin Mohd Affandi - 70.5 markah - LULUS
Muhd Danial bin Ramli - 67.5 markah - LULUS
Ahmad Faiz Faqih bin Fuzalkai - 79 markah - LULUS
Muhd Nazrin Shah bin Muhd Yusof - 81 markah - LULUS
Amirul Hafiz bin Mizan - 76 markah - LULUS
Mohd Latif bin Muhd Akbar - 77.5 markah - LULUS
Amer Nasrullah bin Mohd Yusoff - 75 markah - LULUS
Amera Nazirah bin M Yusoff - 74 markah - LULUS
Mohd Rasul bin Abdul Hamid - 60.5 markah - LULUS
Mohd Irfan bin Baharuddin - 64 markah - LULUS
Muhd Amirul Aqil bin Mustafa - 80 markah - LULUS


Keputusan bagi pasukan ujian kedua adalah seperti berikut:

Muhd Zuhairi Syazwan Rosli - 69 markah - LULUS
Zul Hazizi Al Yusof Abidin bin Zulkernain - 70.5 markah - LULUS
Muhd Syahril bin Mohd Hasri -73.5 markah - LULUS
Muhd Faiz bin Norzaini - 69.5 markah - LULUS
Muhd Asyraf bin Muda - 82 markah - LULUS - Markah Ujian Tertinggi (tidak termasuk markah dewasa)
Ahmad Danial bin Saaban - 74 markah - LULUS
Zulhilmi Al Yusoff Abidin bin Zulkernain - 64 markah - LULUS
Muhd Sazwan Asraf bin Latri - 67.5 markah - LULUS
Muhd Haziq Zikri bin Muhd Fadhil - 65 markah - LULUS
Lukman Hakim bin Mokhtar - 72.5 markah - LULUS
Luqman Hakimi bin Muhammad - 75.5 markah - LULUS
Muhammad Umar Syafiq bin Shafieei - 72.5 markah - LULUS
Muhd Afiq Mustaqeem bin Mustafa - 70 markah - LULUS
Mohd Aqil bin Azizi - 74.5 markah - LULUS

Keputusan bagi pasukan ujian ketiga adalah seperti berikut:

Abdul Azizi bin Mat Zaidi - 67.05 markah - LULUS
Azhan Faiz bin Mohd Pozi - 65.5 markah - LULUS
Ferry Izwan bin Roslan - 67.5 markah - LULUS
Ahmad Zulkiflie bin Nor Mat - 65 markah - LULUS
Muhd Afieq bin Mohd Zakaria - 72 markah - LULUS
Muhd Shahrul Nizam bin Muhd Fauzi - 66 markah - LULUS
Muhd Qadri bin Mohd Yusof - 60 markah - LULUS
Amirul Fitri bin Shamsul Bahari - 66 markah - LULUS
Ahmad nur Alif bin Mohammad - 70 markah - LULUS
Mohd Fikri bin Zaini - 76 markah - LULUS




Read the full story