, ,

Sessi Pengambaran KSSG Bagi Majalah Tiga Selama 3 Minggu

Tuesday, November 02, 2010 Leave a Comment

Alhamdullilah atas kepercayaan yang diberikan kepada Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya oleh para ahli dan penduduk Lembah Klang terutamanya, sekali lagi dalam masa setahun pihak kami mendapat kepercayaan dan peluang daripada TV3 untuk meluaskan promosi dan hebahan mengenai Kelab ini. Rasanya ini kali ke-4 pihak KSSG mendapat liputan daripada Kumpulan Media Prima.

Selama 5 tahun bersusah dalam menaikkan nama Silat Seni Gayong melalui Kelab Silat Seni Gayong ini, pihak kami percaya sedikit sebanyak Silat Seni Gayong mula mendapat tempat di kalangan masyarakat kita terutamanya bangsa melayu dan orang Islam. Sekaligus membuang persepsi silat adalah kekampungan.

Kali ini pihak kami dihubungi oleh penerbit Majalah 3, Encik Azmi yang akan membuat satu dokumentari ringkas mengenai warisan budaya mengenai pentadbiran sebuah kelab aktif dalam melaksanakan pelbagai program silat dan KSSG terpilih untuk dokumentari tersebut.

Dalam masa yang sama terdapat personaliti akan ditonjolkan seperti pihak pentadbiran iaitu Cikgu Shams "Bangi" dan juga beberapa pelatih kanak-kanak serta team demo remaja yang dilatih khas oleh KSSG setiap tahun bagi pelatih di bawah latihan 6 bulan ke bawah untuk bermain senjata. Selain daripada itu, mungkin guru tua yang pernah menjadi guru kepada gurulatih kelab turut akan diketengahkan.

Alhamdullilah setakat hari ini telah siap 3 pengambaran telah dibuat kepada pihak KSSG iaitu mengenai personaliti Cikgu Shams di pejabat guaman, pejabat kelab dan keris. Pengambaran tertangguh sebelum ini kerana kebanyakan masa Cikgu Shams tidak berada di Lembah Klang dan hanya pulang ke Selangor untuk latihan silat sahaja. Ditambahkan lagi Cikgu Shams sendiri masih mengalami batuk-batuk yang membuatkan pergerakan agak terhad disamping tiada masa untuk latihan khas bagi pengambaran ini.

Sessi ke-4 pengambaran bagi Majalah 3 akan diteruskan bagi latihan biasa silat di Masjid As Salam pada hari rabu (03.11.2010) ini. Lokasi pengambaran bagi latihan dipilih memandangkan buat masa ini Gelanggang Masjid As Salam mempunyai keahlian teramai iaitu boleh mencapai sehingga 70-80 orang setiap kali latihan.

Manakala Sessi pengambaran ke-5 akan diteruskan di seorang guru lama bersama Cikgu Shams dan beberapa ahli remaja yang turut serta dalam Kembara KSSG tersebut. Pengambaran tersebut akan dilaksanakan pada sabtu dan ahad iaitu hujung minggu ini (06-07.11.2010). Manakala Cikgu Hazil dan Cikgu Shahril serta Cikgu Wan akan meneruskan latihan seperti biasa di Puchong disamping membantu pelatih baru untuk membuat demo silat kelak.

Sessi pengambaran ke-6 akan diteruskan bagi latihan team demo dan demo silat secara biasa dalam gelanggang pada 13.11.2010. Gelanggang yang dipilih ialah Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam. Masa dan butiran lengkap akan dimaklumkan melalui sistem SMS khas pihak kelab.

Pengambaran sessi ke-7 akan diteruskan pada hari yang sama jika tidak mempunyai masalah iaitu Majlis Mandi Minyak yang melibatkan kesemua Anak Gayong yang berminat dan wajib bagi team demo remaja. Pada pengambaran ini, pihak Majalah 3 memaklumkan kami bahawa akan menumpukan kepada personaliti kanak-kanak yang dipilih oleh pihak Kelab iaitu Adik Amirul.

Pengambaran sessi ke-8 akan melibatkan gaya dan kehidupan biasa Adik Amirul di rumah beliau serta latihan silatnya. Tidak lupa juga temubual dengan ibubapa dan adik beradiknya. Adik Amirul yang berlatih di Masjid As Salam terpilih kerana beliau ahli team demo remaja termuda iaitu baru darjah 4 dan mempunyai tahap disiplin yang baik disamping peningkatan ketara.

Segala perubahan akan dimaklumkan kelak.


7 comments »

  • Anonymous said:  

    Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli persatuan kelab seni gayong terutama cikgu sham di atas penghormatan yang diberikan. Maju Silat untuk Negara..

    Hasrey (PSSGM)

  • SH said:  

    Harapan kami bukan sahaja Silat Seni Gayong tetapi semua silat akan lebih maju dan ramai gurulatih akan dilahirkan.

  • firdaus said:  

    untuk tayangan bila ni?

  • Anonymous said:  

    cikgu team demo remaja yg sabtu 2 ke???

  • SH said:  

    Yer. Team Demo Remaja 2010 itu sahaja la..

  • azarin hussin said:  

    sekalung tahniah buat cikgu sham dan anak2 didik bwh kelolaan KSSGM.

  • SH said:  

    Terima kasih Azzarin. Sabtu depan sessi pengambaran last KSSG, mai la Shah Alam. Pakai baju korporat kalau takde baju silat

  • Leave your response!