, ,

Jemputan Perdana Gayong Anjuran KSSG Setiap Ahad

Wednesday, November 03, 2010 Leave a Comment


Para Gurulatih Silat Seni Gayong & Anak Gayong dan juga para rakan seperjuangan,

Alhamdullilah, dengan perbincangan yang dibuat oleh pihak kami tadi bersama pihak Jabatan Belia dan Sukan, satu latihan bersama merangkap kepada Perdana Gayong anjuran kami yang berorientasikan latihan akan menjadi realiti sebagaimana berikut:

Tarikh : Setiap Ahad
Masa : Jam 8.00-10.00 pagi
Tempat: Kompleks Rakan Muda, Puchong
Hubungi: 014-9933774
Yuran: PERCUMA

Program ini akan mengumpulkan seberapa ramai anak Gayong sekitar Subang, Puchong, Kinrara, Putrajaya, Dengkil dan Shah Alam atau dimana jua Anak Gayong berada yang sanggup turun ke sini. ia akan dibuat latihan bersama antara pertubuhan dan juga gelanggang secara tidak langsung akan membuka lembaran baru kepada silaturahim sesama kita.

Tiada latihan menjurus kepada silibus akan dibuat bagi mengelakkan apa jua salah faham mengenai pelajaran antara gelanggang mahupun pertubuhan. Latihan tertumpu khas kepada permainan bagi mengasahkan lagi bakat silat tanpa mengira bengkung. Latihan kaki, tangan, pergerakan, lompatan dan sebagainya akan ditentukan pada pagi latihan yang mana akan ditetapkan oleh pihak Ketua Gurulatih pada pagi tersebut.

Ketua Gurulatih latihan pada pagi tersebut akan dilantik daripada gurulatih gelanggang yang terlibat samada daripada KSSG atau mana-mana gelanggang yang lain. Kesemua gurulatih gelanggang yang terlibat tanpa mengira pertubuhan dan gelanggang akan diberikan peluang mengendalikan kelas latihan setiap ahad dengan cara dan gaya tersendiri.

Manakala pesilat dewasa dan remaja yang sudah agak berpengalaman akan ditugaskan sebagai pembantu gurulatih bagi mengawal selia latihan Anak Gayong dalam bentuk kumpulan yang lebih kecil. Secara tidak langsung, ini akan memberikan peluang kepada mereka mengasah kegurulatihan. Harapan kami agar lebih ramai gurulatih akan dilahirkan kelak.

Dengan program ini kami berharap selain Anak Gayong mempunyai peluang untuk berlatih di bawah ramai gurulatih, silaturahim akan lebih erat antara gelanggang dan pertubuhan. Dengan corak latihan yang diaturkan, harapan kami agar kegurulatihan akan senang ditingkatkan seterusnya akan melahirkan ramai gurulatih pada masa depan.

Sebagaimana yang dinyatakan, latihan adalah percuma dan pihak anak Gayong hanya perlu menyediakan pakaian silat yang lengkap beserta tanjak serta sedikit minuman. Namun, bagi membantu dana KSSG dan juga meringankan beban KSSG, tabung derma KSSG akan disediakan bagi membolehkan sedikit derma dihulurkan kepada pihak KSSG. 

Pihak kami amat berharap sekiranya pihak gurulatih yang gelanggang berhampiran dapat hubungi kami bagi membolehkan kami hadir membuat jemputan kepada pihak anda. 

Terima kasih.

0 comments »

Leave your response!