Latihan Silat Di Masjid Kota Damansara Meriah Dengan Kerjasama

Monday, November 29, 2010 Leave a Comment


Bermula daripada sebelum Ramadhan tempohari, latihan yang pada mulanya tidak menampakkan penyertaan kini dilihat mula mendapat sambutan daripada penduduk sekitar. Pada awal permulaan latihan, ramai yang menyatakan bahawa kewujudan pelbagai latihan dan gelanggang lain (bukan silat Seni Gayong) di kawasan berdekatan akan mengurangkan publisiti kepada latihan di sini.

Ternyata selepas beberapa ketika, penyertaan kini mencecah 20 orang penyertaan dan mendapat sambutan baik dalam promosi dan program  masjid dan kawasan sekitar dalam membuat demo silat terutamanya. Pada minggu depan demo silat pertama yang akan dipersembahkan oleh anak Gayong Masjid Kota Damansara sendiri. Sebelum ini terpaksa menggunakan khidmat anak Gayong daripada gelanggang lain kerana Anak Gayong Masjid Kota Damansara masih lagi baru dalam latihan.

Selepas latihan semalam, beberapa aktiviti dibincangkan bagi merancakkan aktiviti Anak Gayong di kawasan sekitar ini dalam musim cuti sekolah. Pihak kami juga dimaklumkan bahawa peruntukan oleh pihak Masjid juga akan diberikan dalam pembelian barangan kepada latihan silat. Diharapkan dengan kelengkapan baru akan memeriahkan lagi latihan yang sebelum ini telah dibekalkan 2 beg tubi oleh pihak masjid.

Kain rentang akan mula dinaikkan pada minggu depan bagi menarik penyertaan baru daripada kalangan pelajar sekolah sepanjang cuti sekolah ini. Semoga latihan ini akan memberikan kesan baik kepada generasi yang akan datang.

Latihan adalah seperti berikut:

Setiap Ahad, 9.00 malam
Laman Masjid Kota Damansara
Hubungi: 014-9933774

2 comments »

  • Anonymous said:  

    assalamu'alaikum... Semoga ia berterusan...Sekarang kita lait ada nya bertambah penyertaan dari muslimat. Walau hanya sedikit, tapi kita berharap akan ada lagi pertambahan. Penting utk mereka menjaga diri dan maruah keluarga..

  • SH said:  

    Paling penting baik untuk kesihatan dan bersosial dalam kaedah yg baik. Harap pertambahan akan berterusan. Jangkaan penyertaan seramai 40 orang pada selepas Februari kelak.

  • Leave your response!