, ,

Tempat Latihan Dewasa Kelab Silat Seni Gayong Secara Berpusat & Kursus Gurulatih

Saturday, December 04, 2010 Leave a Comment


Bermula pada Disember 2010, pihak Kelab akan membuat sedikit perubahan kepada latihan dewasa yang mana kesemua ahli kelab dewasa latihan akan dibuat di Bandar Pusat Puchong sahaja iaitu di pejabat urusan KSSG. Ini bagi membolehkan penumpuan latihan kepada pihak dewasa dan cara latihan yang lebih efektif dari sudut cara dan status umur.

Pihak kelab amat berharap dan melalui memo dan makluman yang telah disampaikan kepada semua ahli dewasa, pihak kelab berharap usaha pihak dewasa untuk hadir latihan di pejabat. Manakala latihan tambahan mahupun pengalaman membantu mengajar di gelanggang luar pejabat adalah amat digalakkan bagi membolehkan pembelajaran dibuat melalui mengajar. Malah latihan berpusat ini akan menumpukan kepada instructor courses.

Walaupun begitu, pihak kelab tidak menghalang dewasa meneruskan latihan di gelanggang sedia ada cuma alternatif penumpuan akan dikurangkan. Sedikit usaha untuk ke pejabat KSSG tidak akan menjejaskan kos malah latihan juga ditambahkan sebanyak 3 kali seminggu tidak termasuk latihan luar (sekiranya berkehendak).

Bagi membolehkan matlamat ini direalisasikan, pejabat KSSG diubahsuai lagi bagi membolehkan ruangan silat dibuka seluas hampir 1,100 kaki persegi tetapi masih di tempat asal iaitu di No.17-3A Jalan Bandar 16, Bandar Pusat Puchong, Puchong, Selangor.

Dalam perbincangan sebelum ini dengan pihak dewasa, ada rancangan untuk berpindah tetapi mengambilkira komitmen secara purata dan kos penyelenggaraan serta komitmen sedia ada, pihak kelab percaya ia belum mencapai satu tahap yang memuaskan bagi membolehkan satu premis khas yang lebih besar disewa untuk tujuan tersebut.

Lantai pejabat KSSG akan dipenuhi mattress silat yang mana 40 mattress telahpun ditempah bagi ditambah dengan mattress yang sedia ada. InsyaAllah, keseluruhan kawasan latihan akan dipenuhi mattress sebelum Januari 2011.

Penyertaan dibuka kini kepada semua peringkat umur dan jantina. Kepada yang berminat untuk menyertai kelas latihan dewasa yang diadakan setiap Isnin, Khamis dan Sabtu Jam 9.30malam, boleh hubungi - 014-9933774 (KSSG)


Kelas kanak-kanak juga dicadangkan untuk dimulakan pada hari yang sama pada jam 8.00 malam - 9.30 malam bagi menampung kos sewaan dan peralatan.

0 comments »

Leave your response!