,

Kempen Pencegahan Jenayah Di Subang Jaya

Friday, December 17, 2010 Leave a Comment


Pada 18.12.2010 bersamaan sabtu iaitu esok, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Kempen Pencegahan Jenayah yang dianjurkan oleh IPD Subang Jaya bertempat di Mydin Hypermarket, USJ 1 Subang Jaya. Kempen tersebut akan mempamerkan pameran daripada pelbagai jabatan pihak PDRM serta penerangan daripada PDRM dalam menanggani dan membenteras jenayah di kawasan sekitar.

Majlis akan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara pada sebelah pagi dan majlis akan berterusan pada petang dengan demo senibeladiri dan ceramah membenteras jenayah. 

Sempena kempen ini, pihak KSSG juga akan membuat persembahan yang mana terdapat permintaan di saat-saat akhir oleh pihak PDRM bagi memeriahkan program berkenaan sambil menarik perhatian ramai kerana persembahan silat sebelum ini dikatakan menjadi daya tarikan kepada program sedemikian.

Selain daripada itu, pihak kami percaya aktiviti seperti silat ini mampu menjadi benteng dan asas latihan disiplin kepada anak muda dan kanak-kanak dalam membenteras jenayah yang banyak bermula daripada permasalahan sosial remaja Malaysia. Aktiviti sihat seperti silat setakat ini berjaya membuktikan kepada pihak penguasaan Malaysia bahawa aktiviti sebegini banyak membantu dalam mengurangkan jenayah mahupun mengekang penularan masalah sosial di kalangan remaja.

Penggalakan aktiviti silat kepada remaja dan anak muda juga akan memberikan kesan baik kepada segenap segi kehidupan pengamalnya berbanding mereka yang tidak menyertai mana-mana aktiviti senibeladiri.

Sehubungan dengan itu, pihak KSSG bukan sahaja akan membuat persembahan silat tetapi akan membuat promosi kepada pengunjung yang hadir dalam membantu pihak PDRM merealisasikan matlamat mereka. Namun hanya demontrasi daripada kalangan remaja pada esok hari akan diturunkan atas sebab notis yang singkat.

1 comments »

  • Anonymous said:  

    Kalau orang lain kutuk kaw dah Organiser dier sib baik dengan cg sham

  • Leave your response!