,

Soalan & Salah Faham Mengenai Latihan Dewasa

Thursday, December 16, 2010 Leave a Comment

Soalan: Cikgu, lepas ni dewasa tidak boleh berlatih di gelanggang  biasa ke?

Ini merujuk kepada penulisan kami sebelum ini yang boleh di baca di sini bersama surat makluman mengenai latihan dewasa yang akan mula berpusat di Puchong.Latihan berpusat ini akan mengumpulkan kesemua pesilat dewasa di bawah satu latihan di Bandar Pusat Puchong.

Bagaimanapun untuk menjawab persoalan tersebut, walaupun latihan ditempatkan secara berpusat pihak dewasa masih boleh turun dan berlatih di gelanggang biasa sekiranya bagi latihan tambahan atau latihan ganti. Sekiranya pihak dewasa berkenaan mempunyai masalah pengangkutan untuk ke latihan di Bandar Pusat Puchong, latihan boleh diteruskan di gelanggang biasa sebagaimana sebelumnya.

Tiada paksaan untuk menjalani latihan di Bandar Pusat Puchong sebaliknya digalakkan atas beberapa sebab yang akan dinyatakan di bawah.

Cara dan keselesaan latihan
Dengan mengadakan latihan berpusat di Bandar Pusat Puchong, pihak kami berharap boleh melaksanakan latihan dengan cara tersendiri dengan kemampuan pihak dewasa yang kebanyakan berusia lewat 30an dan ke atas. Ini membolehkan mereka dapat menumpukan kepada latihan sepenuhnya dengan cara tersendiri dengan kesesuaian umur dan lebih kepada latihan kegurulatihan.

Dalam masa yang sama, dengan kelengkapan dan barangan latihan yang lebih akan memberikan kesan latihan yang cepat kepada pesilat dewasa yang mahu cara latihan yang lebih ringan dan kesan lebih cepat kepada kaki dan tangan serta tapak silat mereka. 

Keselesaan juga lebih baik dengan kelengkapan dan tempat yang selesa dengan mattress sepenuhnya dan juga kesemua kelengkapan untuk keselesaan diri dan latihan.

Merealisasikan Pusat Latihan Silat
Walaupun selepas renovasi, pusat latihan silat yang mampu disediakan oleh KSSG tidak sebesar mana iaitu lebih kurang 1100-1300 kaki persegi sahaja tetapi untuk menubuhkan dan mengekalkan pusat silat sebegini bukan mudah. Buktinya berapa banyak guru lama baik baru mampu menyediakan pusat latihan tersendiri seperti dilakukan oleh kami dengan aktiviti yang penuh disamping tempat yang agak besar. Mungkin kami masih tidak sebaik PLKU. Tetapi kami bersedia memajukan silat ke arah profesional sebagaimana rakan-rakan kami di PLKU.

Untuk merealisasikan penubuhan satu pusat latihan seperti pusat taekwondo dan karate mahupun aikido bukan satu yang susah tetapi mentaliti melayu masih bodoh dalam mengorbankan sedikit usaha dan kewangan dalam membantu merealisasikannya sebagaimana usaha yang berani dibuat oleh rakan senibeladiri baju putih.

Pihak kami berharap dengan sedikit yuran dinaikkan tetapi masih rendah akan membolehkan satu pusat latihan dikekalkan untuk kebaikan bersama. Namun yuran bagi dewasa yang masih belajar atau tidak bekerja akan dikekalkan.

Program Gurulatih Pelapis.
Dalam pelaksanaan latihan berpusat ini, pihak kami juga berharap boleh melahirkan gurulatih baru dalam mengambilalih gelanggang sedia ada dan juga membuka gelanggang baru bagi menghimpun anak Islam kita dalam satu program yang sihat.

Tiada pengkhususan mengenai bengkung tetapi sekiranya layak dan kredible, pihak kami mengharapkan dengan latihan dan motivasi yang ada akan membuat mereka lebih berkeyakinan untuk turun berbakti kepada masyarakat dengan ruang masa yang ada. Biarpun singkat.

Dengan penubuhan beberapa gelanggang baru pada 2011, pihak kami amat berharap program gurulatih pelapis ini akan memberikan nafas baru dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dan matlamat penubuhan kami. Kami bukan menumpukan kepada kehebatan tetapi biar kita dihormati dengan jatidiri dan juga disiplin yang baik sebagai muslim.

sila klik 

0 comments »

Leave your response!