,

Kegurulatihan: Antara Islam & Silat. Sejarahnya di Tanah Melayu

Tuesday, February 01, 2011 Leave a Comment


"Kalau ditanya kenapa saya ingin terus mengajar dan membimbing anak seagama saya di bawah satu bumbung, ini antara alasannya, kerana Silat itu peneguh Islam. Silat itu mainan dan baju kepada ulama dan cerdik pandai agama. Silat itu menjaga akidah pengamalnya." - Hisham Nazir 

Dalam sejarah Tanah Melayu, kita dipesongkan dengan dua blok antara agama dan silat seolah-olah ada 2 pihak berlainan sedangkan kita lupa bahawa kebanyakan pesilat dan pejuang kita adalah cerdik pandai dalam Islam mahupun orang-orang yang alim dalam agama. Tidak pula kurangnya antara mereka lebai dan imam. Ramai pula antara mereka bukan calang-calang dalam pengajian agamanya.

Tetapi sayang kita dipesongkan dengan sejarah seolah pendekar dan pahlawan itu silat dan ulama itu berkaitan dengan Islam sedangkan pada ketika itu moyang kita satukannya dalam satu laluan. Kerana mereka percaya silat adalah sebahagian budaya melayu yang amat penting untuk dipertahankan dalam masa yang sama diadunkan dengan syariat Islam yang terbukti mampu membaikpulih masyarakat melayu dahulu dalam satu masa.

Dalam sejarah, tiada pahlawan kita dilabelkan sebagai ulama mahupun agamawan Islam. Maka kita pun mengikut arus sejarah tersebut. Kita lupa bagaimana sejarah telah menghilangkan status agamawan pahlawan dengan melabelkan pahlawan negeri, pendekar, anak kerabat raja, penentang british, gerila dan sebagainya.

Dalam sejarah kita, hanya terdapat 2 pahlawan hebat silat yang tidak mampu disembunyikan oleh mereka sebagai ulama iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dan gurunya, Tokku Paloh.  Maka tercatitlah mereka sebagai ulama dan pahlawan, tapi itu pun terlalu kecil ingatannya seolah mereka itu hanyalah pahlawan biasa dalam penentangan british.

Selain mereka masih ramai lagi yang tidak mampu disembunyikan tetapi kalau dua nama itu pun kekadang kita lupa. Malah ramai anak muda kita sudah tidak sedar mengenainya.Kita lupa siapa Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Tooku Paloh, Abdul Rahman Limbong, Haji Nong dan ramai lagi...

Amat rugi kalau kita faham atau sedar tapi hanya bercakap besar sahaja di tepi gelanggang. Sandang dan bengkung bukan boleh dibawa mati.




4 comments »

  • Anonymous said:  

    Assalamu'alaikum.
    Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Tooku Paloh, Abdul Rahman Limbong, Haji Nong. Tuan perasan tak , nama-nama ini adalah penentang British?Makanya, nama2 ini cuba di mansuhkan oleh British dan lebih sedih mereka di label penderhaka.Lebih menyedihkan.Setelah merdeka,nama-nama mereka hanya di sebut dalam beberapa halaman muka surat di buku sejarah di sekolah.Jauh sekali untuk sedekah atau buat majlis tahlil.Itu mereka.Bagaimana kuburan panglima2 yg lain?
    Ada juga kuburan panglima2 perang ini di musnahkan.Jauh sekali di perbaiki dan di ingati.Setelah merdeka, pemerintahan kita sekarang masih berpaksikan kepada penjajah. Sayang sekali

  • Anonymous said:  

    banyak lagi pahlawan melayu ditenggelamkan dan dilabelkan dengan agamawan dan bangsawan sahaja..

  • Anonymous said:  

    Dilabelkan dengan agamawan dan bangsawan masih ok. Paling sedih , di label penderhaka.

  • Anonymous said:  

    banyak sangat sejarah yang telah dipesongkan.hampir semuanya tidak tepat..kaji lah usul jika inginkan kbenarannya..pada asalnya silat usulnya adalah dakwah..para ulama terdahulu mengembangkan dakwah islam melalui silat..dan tempatnya di istana..

  • Leave your response!