Kegurulatihan: Apa ada pada seorang guru?

Thursday, February 03, 2011 Leave a Comment

Bersama barisan utama Gurulatih Seni Gayong Malaysia semasa Majlis Mandi Minyak anjuran Gelanggang Daeng Kuning, Kg Melayu Subang. Sifat rendah diri mereka tetap menjadi cemburuan kami.

Baru-baru ini terbaca mengenai cadangan sparring dengan gurulatih di Facebook. Seolah-olah kemenangan sparring dengan gurulatih bermakna gurulatih dikalahkan adalah ilmu nya agak memuaskan. Tidak dinafikan latihan sparring dan latihan bersama gurulatih amat baik dan menjadikan satu perkara yang baik dalam hubungan antara pelatih dan gurulatih tetapi banyak juga kontranya.

Saya mengambil sedikit ruang untuk memberikan pandangan apa yang terapkan. Kami seringkan ingatkan bahawa tiada kehebatan pada gurulatih kerana saya sering diingatkan bahawa yang hebat itu Allah SWT sahaja. Kehebatan tiada langsung pada gurulatih maka jangan sebatikan kenyataan sedemikian di dalam fikiran kita. Perkara ini dipesankan dan diamanahkan kepada saya oleh Pakndak Majid, Cikgu Awang, Cikgu Rasip, Ustaz Hafiz dan Arwah Zulkarnain.

Mungkin kerana pemikiran sebegini juga ramai ahli tidak berani dan gagahkan diri untuk menjadi gurulatih.

Bila perkara kegurulatihan ditimbulkan mengenai kelemahan dan kekurangan gurulatih, saya masih ingat wajah Paksu Awang (Cikgu Awang Daud) menempelak saya dengan kata-katanya. Saya kongsikan dua pesan yang agak tajam;

"Awak mengajar je silat ini amanah kita untuk teruskan silat, tapi jangan fanatik."
"Selama masa awak dengan saya, pernah awak tahu atau awak nampak saya melompat sana sini. Pernah awak jumpa anak murid saya nampak saya terbang. Tapi saya boleh ajar baik juga. Ada juara dunia, anak murid boleh lompat belakang dan buat macam-macam juga. Saya tadak apa eh"

Pendek cerita, saya banyak dipengaruhi dengan apa yang dipesan oleh mereka yang mana gurulatih hanya ada 2 perkara tidak ada pada kita iaitu ilmu dan berkat.

Saya secara personal tidak mengagumi guru-guru saya kerana kehebatan tetapi semangat mereka dalam mengembangkan Silat Seni Gayong dalam usaha memperbaikkan disiplin dan agama anak bangsa. Saya bangga melihat produk-produk guru-gurulatih saya yang amat sopan dan berdisiplin. Tidak lari dan menyimpang daripada disiplin syariat Islam.

Usaha mereka dalam membantu masyarakat baik melalui silat dan menjadi contoh yang baik patut saya cemburukan dan patut saya tanamkan hasrat dan cita-cita agar apa yang bakal kita lakukan akan melebihi apa yang guru kita telah lakukan.  

Kita mungkin memiliki kehebatan stamina dan kelincahan dalam mengalahkan musuh mahupun mengatasi lawan kita termasuk gurulatih kita tetapi adakah kita sedar bahawa dalam menuntut ilmu daripada seorang guru, kita perlukan dua perkara daripadanya yang tiada pada kita iaitu perkara tadi, ilmu dan berkat.

Sebab itu, doa kepada guru dan kepatuhan (selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam) adalah perlu dalam menuntut ilmu disamping faktor menuntut ilmu yang lain. Pakndak Majid pernah bercerita tentang satu perkara. Perkara yang sama disebut lagi di hadapan rakan-rakan saya merangkap pelatih KSSG satu ketika;

"Saya mampu lawan 2-3 orang sahaja. Lepas tu saya lari masuk kedai. Masa tu takdak benda lain nak buat, kecuali memohon pada Allah. Kalau tuhan nak tolong itu sahaja yang boleh tolong saya masa tu. Berkat belajar dan patuh guru dan amalan sahaja. Kalu jadi, jadilah. Kuat keyakinan, saya lawan.." - merujuk kepada peristiwa di Jeniang
Saya juga masih ingat bila melihat seorang guru tua mengalir air mata menceritakan mengenai seorang gurunya ketika menuntut ilmu Silat Seni Gayong dahulu. Biarpun gurunya itu agak tidak serasi dengannya tetapi beliau tetap sayangkan gurunya dan keberkatan ilmu dan berkat mengambil ilmu melalui kepatuhan dan taat setia kepada seorang guru setakat yang dibenarkan amat memberikan kesan kepadanya.

Beliau bertanya kepada saya, "apa yang berkat kamu belajar silat dari guru mu?" (susunan ayat membawa maksud yang sama)

"Berkat saya satu je, agak-agak boleh mudah turun ke masjid dan boleh pakai kopiah", Jawab saya sambil tergelak dengan orang lama Silat Seni Gayong itu.



4 comments »

  • Anonymous said:  

    Assalamu'alaikum.2 perkara yg dapat di pelajari dari artikel ini tentang Gurulatih.
    1)Mereka bukan superhero.
    2)Mereka antara manusia yg ikhlas ( dlm konteks Gurulatih dari KSSG)berkongsi ilmu. Walau tak seberapa, tapi lebih baik dari tidak langsung.

    Jadi 2 perkara pula yg perlu seorang anak murid memperhatikan. BERKAT DAN ILMU. Tiada hebat nya mengalahkan Gurulatih kalau ilmu tak sebati di jiwa. Jumpa dgn yang lebih handal..anda pula tewas...

  • SH said:  

    Cuma kadang-kadang gurulatih perlu sedia untuk diuji oleh pelatih mereka melalui kemasan buah pelajaran. macam kita test buah cekik hari tu. Kalau korang tak test, mungkin korang tak nampak praktikalnya macamana.. tapi biar kena pada tempat.

    Sparring sekali sekala dalam niat belajar tidak menjadi masalah tetapi minda dan poemikiran pelatih perlu dibaiki dahulu, gurulatih jangan buat membabi buta. Setakat ni gurulatih tak kalah sparring dengan anak murid..

  • adi syahid said:  

    betul artikel cikgu menghormati guru dan keberkatan..tetapi ramai jurulatih tidak menekankan sparring kepada anak murid dan tidak salah sekali sekala guru memimpin anak murid di tengah gelanggang...

  • Anonymous said:  

    apa yg disarankan cigu sham ada benarnya. kenaytaan daripada pengalaman sendiri. Tp kecik dan besar pun tadak org berani masuk ngan cikgu sham

  • Leave your response!