, ,

Keris Antara Seni Halus dan Kasar Dalam Tempur Tanpa Menggunakan Bilah

Sunday, February 06, 2011 Leave a Comment


Semalam bercerita mengenai keris apabila ditanyakan sesuatu mengenainya setelah habis latihan demo keris. Antara beberapa soalan menarik mengenai pemakaian keris di tangan kiri dan bentuk keris bagi kiri dan kanan dan pemakaian serta geraknya.

Lagi menarik apabila keris bukan satu perkara yang diketahui ramai orang terutama rahsianya. Rahsia doa dan pemakaian gerak dalam doa rasanya bukan bidang kami tetapi apa yang ada akan diturunkan.

Lebih menarik untuk membincangkan bagaimana sebelum serangan dan pertahanan dibuat dengan mata keris mahupun bilahnya, seni hulu keris dan sampirnya diajar terlebih dahulu dalam mengerakkan keris dan permainannya.

Nampaknya lekeh sahaja tetapi bila menunjukkannya baru tahu bagaimana hulu keris dan sarung keris mampu menakutkan dan menundukkan lawan. Orang dahulu tidak gopoh dalam membunuh mahupun mencederakan lawan tetapi biar apa saja gerakan menjadikan teladan kepada lawan. Sekiranya perlu baru mata dan bilah mengambil peranan.

Dalam seni menggunakan hulu dan sarung/sampir keris sebagai senjata pendahuluan maka petua dalam menempah keris adalah amat penting bagi mendapatkan hulu dan sarung keris yang bagus dan serasi dengan si pemakainya. Itu belum petua bagaimana bilah keris dipilih. Mahu musuh mati cepat atau mati lambat? 

Selebihnya mengenai bau dan pemilihan keris serta gerakannya adalah sebagaimana yang dibincangkan semalam..


4 comments »

  • Anonymous said:  

    aDA SILIBUS ke cikgu mainannya??

  • SH said:  

    tak pasti la ada silibus khas ke tidak sebab saya sendiri tak masukkannya sebagai silibus sebab saya terima benda ini secara sikit-sikit dan tidak tersusun elok sebagai slibus mana-mana peringkat - shams

  • Anonymous said:  

    Assalamu'alaikum, kalau gitu bole laaa Cikgu susun silibus khas utk keris. Menarik perbincangan malam tu! Sampai tak sedar sdh jauh malam.Kalau boleh akan datang , bawa juga keris peribadi utk saya belajar lebih terperinci.

  • SH said:  

    silibus keris memang dah ada. Ini cerita pasal hulu dan sarungnya

  • Leave your response!