Kegurulatihan: Penyesalan Selama Mengajar Silat

Saturday, March 12, 2011 Leave a Comment

Cikgu Shams bersama 2 orang kuat PSSPGM Kelantan iaitu Cikgu Mat dan Cikgu Wan Halim.


Banyak pertanyaan dan isu baru dikemukakan oleh Anak Gayong mahupun rakan-rakan seperjuangan kepada saya saban hari. Ada isu dan pertanyaan berkaitan teknikaliti dan sejarah serta adat Seni Gayong boleh diutarakan kepada guru yang lebih mengetahuinya. Begitu juga dengan isu pentadbiran Seni Gayong. Manakala isu-isu dan persoalan yang telah dan pernah dijawab, pihak saya akan tampalkan sahaja link url mengenai artikel berkenaan bagi kemudahan rujukan kecuali ada soalan tambahan.

Dalam banyak persoalan dan isu yang dikemukakan kepada saya, akan dicuba ingat kembali yang pernah diterima dalam sebulan dua ini bagi perkongsian bersama. Bagaimanapun saya ingin menjawab persoalan berkaitan kegurulatihan sahaja. Bersesuaian dengan tag KEGURULATIHAN telah dibuat di laman ini setelah KSSG berazam untuk berusaha ke arah melahirkan lebih ramai gurulatih silat.

Sebelum beberapa persoalan dijawab, mungkin ada jawapan akan menyentuh peribadi dan tiada niat untuk membangga diri selain memberikan motivasi dan pilihan untuk berfikir sejenak agar memberikan kesan positif dalam dunia Silat Seni Gayong.

Soalan: Apa yang cikgu paling menyesal dalam mengajar silat?

Dalam mengajar silat semenjak di Kelantan, saya menghadapi banyak isu dan permasalahan yang kebanyakannya timbul daripada orang melayu kita sendiri. Baik terus berkenaan silat mahupun sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada silat. Kalau hendak bercerita dengan permasalahan yang dihadapi ini, masa yang panjang diperlukan. Tetapi secara peribadi kini saya tidak ralat dengan permasalahan berkenaan dan cuba menghindarkan apa jua masalah berkenaan melalui KSSG agar anak seagama saya mampu untuk teruskan perjuangan ini.

Apa yang paling saya menyesal ialah, saya pernah berhenti mengajar selama beberapa tahun bermula daripada tahun 2000 sehingga tahun 2004. Tetapi tidak berhenti silat. Masih hadir ke majlis silat mahupun bersilat di bawah beberapa gurulatih pada masa itu.

Kalau dibandingkan pencapaian KSSG dalam masa 3 tahun (2007-2010), saya amat menyesal dan kalaulah perkara ini dimulakan terlebih awal dan meneruskan gelanggang semasa di Selangor, mungkin ia mampu memberikan kesan baik kepada Silat.

Tetapi perancangan Allah SWT amat saya syukuri, dengan tindakan bodoh saya berhenti daripada mengajar pada tahun-tahun berkenaan, saya masih ada bergelanggang dengan beberapa gurulatih di sekitar Selangor termasuk Cikgu Rasip Wahab. Namun pengajaran paling saya tidak lupa ialah terlibat dalam seni beladiri lain termasuk satu silat yang mana latihannya adalah hampir setiap malam.

Saya dilatih oleh sepasang gurulatih silat yang mana amat sopan orangnya dan memegang bengkung tahap teratas bagi silat berkenaan. 2 gurulatih tersebut amat sabar dan mengajar saya dengan baik. Pada masa yang sama, saya bertemu dengan Cikgu Awang Daud dan menyuruh saya bantu bergelanggang di Shah Alam yang kemudiannya saya mula membuka gelanggang pertama di Puchong dan berhenti daripada silat berkenaan.

Kenapa 2 orang gurulatih silat itu antara menjadi motivasi terpenting saya dalam mengembangkan Silat Seni Gayong?. Jawapannya; keduanya adalah bukan melayu dan beragama Islam sebaliknya kristian. Mereka dididik dengan baik oleh seorang guru silat yang berbangsa Melayu.

Saya lontarkan balik persoalan kepada pembaca. Anda tidak malu?




2 comments »

  • Anonymous said:  

    Membaca ini .Saya ada lagi pertanyaan.
    1)Apa kesan nya pelajaran Cikgu dgn 2 org Guru itu? (Dari segi menjadi Gurulatih dan mendidik anak bangsa.)
    2)Adakah ini juga menjadi motivasi Cikgu utk mendidik bukan Melayu.Dan berpeluang berdakwah ttg Islam kpd pelatih yg bukan Islam.
    3)Apa hala tuju KSSG yg Cikgu akan bawa , kesan dari pelajaran itu?
    4)Dgn kerja keras,walau kadang tak di bayar.Apa kesan nya kepada bangsa pewaris seni ini yang Cikgu harapkan?
    Semoga kita boleh berkongsi pendapat.Dan semoga di luar sana , ada pihak yg boleh menerima dgn hati terbuka ttg perkara ini.

  • SH said:  

    baca balik. Ini bukan isu itu tetapi persoalan KALAU LAH AKU TIDAK BERHENTI MENGAJAR dengan isu ingatan bagaimana kesan silat kepada mereka berdua. Ilmu dan kemunduran anak muslim pada mas aitu dalam bentuk disiplin

  • Leave your response!