Kegurulatihan: Tiada Masa Untuk Bersilat Apa Lagi Untuk Mengajar

Sunday, March 13, 2011 Leave a Comment

Gambar Cikgu Nick "DiGi" sedang membantu mengajar gelanggang Putra Heights. Kekangan tugas "on-call" menyebabkan beliau tidak memegang gelanggang tetapi tidak menghalang beliau untuk membantu mengajar di gelanggang silat bila lapang. Contoh yang baik perlu dijadikan teledan.

Soalan: "Macamana Cikgu boleh bahagikan masa nak kerja dan silat?"

Bila menyebut soal masa, siapa pernah cukup?. Semua orang berbicara soal masa bagaimana sibuk tugasannya dan sebagainya. Mana ada masa. Semua orang ada komitmen dan tugasan yang mengikat masa mereka. Tetapi pepatah Melayu ada sebut "Kalau hendak seribu daya..".

Cuma dalam mengajar mahupun bersilat, KSSG menumpukan kepada kemantapan dan pembaikan disiplin dan akademik pelatih manakala pelatih dewasa faktor ekonomi diambilkira selaras dengan perkembangan gelanggang melalui KSSG.

Faktor ilmu yang diajarkan bagi keberkatan dan bekalan selepas mati sebagaimana pesan Rasullulah SAW patut dijadikan tulang belakang kepada motivasi kita dalam turun ke bawah untuk mengajar silat. Bukan kerana hebat, bukan kerana mencari pengaruh mahupun harta, tetapi sekadar berkongsi ilmu dan membantu anak seagama dalam soal disiplin dan jatidiri. Atau kita ingin bergantung kepada senibeladiri baju putih yang tidak menerapkan adab melayu dan nilai Islam?. Fikirkan!

Alhamdullilah setakat ini saya cuba untuk konsisten dengan jadual yang sedia ada dengan kerja harian (7.00pagi - 6.30malam), Majlis Ilmu/Surau (7.00malam-9.00malam) dan silat (9.00malam-12.00tghmalam). pada hari sabtu dan ahad bergantung kepada jadual silat dan selebihnya adalah untuk keluarga.





2 comments »

  • Anonymous said:  

    Benar .Kadang-kala faktor ekonomi dan kekangan tugas menghambat hasrat kami utk bergelanggang.Namun ,'HENDAK SERIBU DAYA ,TAK HENDAK SERIBU DALIH".Dalam hal CG Nick,kami di sini sedia membantu sekiranya tiada apa-apa halangan jarak,waktu dan ekonomi.Semangat !

  • SH said:  

    memandangkan tahun ini berazam memperbaiki kegurulatihan yang ada dan menambah kepada yang baru, TAG KEGURULATIHAN yang baru dibuat di web ini akan membicarakan isu kegurulatihan sebagai petua, bekal dan motivasi bersama.

  • Leave your response!