, , ,

Hubungan KSSG & Gelanggang Singa Berantai

Wednesday, January 18, 2012 Leave a Comment

Bos KSSG, Cikgu Shams memperkenalkan 3 orang guru lama daripada Singa Berantai yang turut hadir melawat dan memeriahkan majlis di KSSG. Yang sebelah Cikgu Shams berbaju sama tu The Bodyguard from Bukit Puchong.

 Sikit ramai tak menjadi masalah. Asalkan Seni Gayong, kami terima semua lawatan dan kehadiran anda ke gelanggang KSSG dan majlis kami amat kami hargai dan berbesar hati.

 Dua guru lama, Cikgu Tahir dan Cikgu Adi yang rakan dan juga murid-guru dan juga partner sepermainan di Gelanggang Singa Berantai, Bangsar pada awal 1970. Mereka pernah menjadi kesayangan ADMAR sebelum ini turut mengikuti ADMAR untuk demo sana sini.  
Mereka masih berGayong 2 kali seminggu, anda dah nak sangkut bengkung?

 Kalau Cikgu Shams tu Bos KSSG. Ini pula BIG BOSS KSSG, Cikgu Abu a.k.a Cikgu Besi. Motto pimpinan beliau ialah "apasai KSSG ni banyak duit sangat?"

 Sedikit penerangan ringkas gelanggang KSSG. Gelanggang tak cantik tapi berkat usahasama, gelanggang kekal sampai hari ini dengan pelbagai kelengkapan yang dibeli secara bersama.

 Salam sebelum berpisah tanda ingatan buat yang hadir. Senyum dan sebak hanya pejuang Seni Gayong sahaja yang tahu kerana mereka tahu pelbagai masalah untuk mengembangkan Seni Gayong. Mereka ini tahu nilai salam seGayong.

 Dalam persiapan nak bergambar, jurukamera bertugas sempat posing.
 Ucop! Ucop!

 Kehadiran yang paling berharga dan bermakna buat kami di KSSG kerana kami amat muda dan masih bertatih dalam membantu untuk mengembangkan Seni Gayong melalui gelanggang-gelanggang.

 Yang ni tak perlu dikomen. Cuma ayat ADMAR (yang diceritakan oleh Cikgu Tahir) sama seperti ayat Cikgu Awang Daud "Nak rasa buah Gayong, mai!" Sendiri mau ingat!

0 comments »

Leave your response!