,

Lawatan KSSG Kepada Guru Lama Seni Gayong Minggu Hadapan

Tuesday, January 03, 2012 Leave a Comment

Gambar sekadar hiasan

Hal ini saya telah nyatakan kepada Cikgu Razak beberapa ketika lalu untuk membawa kami berjalan menemui beberapa rakan seperjuangan Seni Gayong di Taiping yang suatu ketika dahulu pernah menjadi anak emas ADMAR sehinggalah kebanyakan mereka semua bertaburan daripada Taiping atas pelbagai alasan peribadi terhadap isu politik Seni Gayong.

Mereka ini telah hilangkan diri dalam dunia Seni Gayong tetapi bagi mereka yang mengenali masih lagi menghormati mereka. Pada 70an-80an mereka masih hadir ke majlis Seni Gayong tetapi bukan sebagai Anak Gayong yang terlibat di dalam majlis mahupun duduk di barisan hadapan. Sekadar melawat dan melihat ADMAR selaku guru kesayangan mereka dari jauh.

ADMAR memang keras hati dilihat pada kasarnya bila mereka meninggalkan Gelanggang Seni Gayong. ADMAR mencanangkan kepada dunia Seni Gayong bahawa mereka itu semua pergi kerana tuntutan keluarga dan tugasan untuk mencari makan. Dalam hati, ADMAR sedar yang ramai berkecil hati apabila Seni Gayong di politikkan. 

Dalam diam, ADMAR pernah turun ke Lembah Klang khas untuk memujuk beberapa orang yang pernah menjadi kesayangan ADMAR ini. Bagi ADMAR, mereka ini amat berharga. Permainan mereka bagus. Mereka setia. Dalam pujukan itu, ADMAR membenarkan tuntutan mereka dan hal itu menjadi sejarah senyap dan di bawa mati oleh kebanyakan mereka.

Harapan kami agar minggu depan lawatan kami kepada seorang guru yang pernah mendapat asuhan terus ADMAR dapat kami realisasikan. Beliau tidak berapa sihat dan masih bernaung di bawah PSSGM dan masih ada yang merujuk kepadanya dalam beberapa majlis. Namanya tidak seGahnya orang kerana mereka kenal orangnya. Tetapi kami tidak pernah kenal orangnya tetapi kenal latihan dan rakan-rakan lamanya.

Semoga tahun 2012 akan membuka tirai untuk kami melawat guru lama yang tinggal berdekatan dan 'hilang' dari Seni Gayong dan melawat semua gelanggang di Lembah Klang dalam usaha mendekatkan matlamat kami kepada perpaduan.

0 comments »

Leave your response!