, ,

Projek Kasih Rasullullah SAW.

Thursday, February 02, 2012 Leave a Comment

Program lepas seakan sama dijalankan oleh KSSG di Darul Atiq, Batang Kali

Sempena Maulidur Rasul 2012 kali ini, atas cadangan beberapa rakan, KSSG akan mengadakan sekali lagi program amal dalam membekalkan keperluan asas kepada pihak tertentu. Kali ini sempena Maulidur Rasul 2012, KSSG memilih pusat tahfiz dan pihak kelab masih belum putuskan pusat tahfiz mana akan dipilih. Beberapa tahun sudah, sebuah pusat tahfiz di Puchong dipilih.

Jumlah Derma
Pihak kami mengalukan derma dalam apa jua barangan keperluan, dan sebarang jumlah wang. Tetapi pada rancangan kami, kami mengharapkan derma pada gandaan RM30. Sejumlah RM27 akan dibelanjakan untuk beras manakala lebihan sebanyak RM3 akan dibelanjakan untuk keperluan lain.

Cara Serahan Derma
Sempena program ini, pihak kami mengalukan mana-mana sumbangan yang boleh diberikan terus secara secara serahan tangan kepada Cikgu Shams (014-9933774) atau Cikgu Abu (012-3138830) atau Cikgu Hazil (019-2168479). Sumbangan terus boleh dibuat dengan hubungi kami dan kami akan kutip dengan pihak gelanggang rakan semua atau terus ke gelanggang kami. 

Sumbangan terus melalui Maybank2U juga boleh dibuat kepada akaun 162263117521 (akaun ini dikosongkan untuk tujuan ini).

Kutipan akan dihentikan pada 08.02.2012. Sila salurkan penyertaan derma anda sebelum tarikh berkenaan.

Penyertaan Semasa Serahan
Pihak kelab akan maklumkan tarikh serahan barangan kepada para hufaz Quran tersebut bersama butiran lengkap melalui Weblog kelab dan juga FB Group KSSG dan juga Page FB KSSG. Pihak kami amat mengalukan sebarang penyertaan daripada gelanggang atau individu penyumbang semasa serahan.

Segala budi baik pihak rakan Se-Gayong hanya Allah yang membalasnya.

4 comments »

  • SH said:  

    Alhamdullilah, kutipan ada masuk dah. Harap semua rakan Anak Gayong dapat bersama memeriahkannya

  • Anonymous said:  

    dapat sokongan gllg lain ke cikgu?

  • SH said:  

    orang lebih suka bercakap daripada menghulurkan atau join bersama program antara pertubuhan berbeza. Tapi tidak masalah semua tu asalkan kita jalankan matlamat kita untuk bersatu. Orang taknak tak boleh nak paksa.

  • SH said:  

    Terima kasih ada lagi masuk derma daripada ahli lama dan bukan ahli. Ahli Gayong gelanggang lain dan pertubuhan lain tak mahu join ka?

  • Leave your response!