,

Program Majlis Barbeku KSSG Berjalan Lancar

Sunday, January 15, 2012 Leave a Comment


Walaupun tidak kesemua pelatih dewasa hadir malam tersebut kerana tuntutan kerja dan beberapa urusan lain, tetapi kehadiran dianggarkan mencecah 45 orang tidak termasuk 7 pesilat remaja daripada Masjid Syakirin Puchong Utama dan Masjid As Salam, Puchong Perdana dan beberapa pesilat dewasa yang turut membawa keluarga.

Pihak kami tidak menjemput kesemua pesilat dan ahli KSSG memandangkan bimbang kehadiran terlalu ramai dengan tempat terhad. Bagaimanapun kehadiran jemputan luar agak hambar semalam tetapi perjalanan tetap meriah dengan kehadiran pelatih dewasa KSSG yang agak ramai.

Dimeriahkan lagi majlis berkenan dengan kehadiran guru lama seperti Cikgu Tahir, Cikgu Adi dan Cikgu Man daripada gelanggang Singa Berantai, Bangsar bersama rakan yang lain. Banyak perkara disembangkan dan program turut diaturkan bagi merapatkan lagi jurang antara dua pertubuhan dan gelanggang.

Program yang bermula selepas maghrib tamat pada pukul 12.00 tengahmalam dengan sessi bergambar dan perkenalan ringkas dan salam beramai-ramai dengan guru lama. Melihat cara dirai kepada guru lama dan guru muda serta rakan seGayong yang lain, pihak kami berharap semua pihak jelas mengenai hasrat KSSG kepada penyatuan Gayong dan perpaduan kearahnya bukan satu polemik daripada kami. Kami tidak banyak bercakap tetapi kami cuba buktikan yang semua orang ada kewajiban dalam menyumbangkan kepada kebaikan Seni Gayong.

Gambar-gambar akan diuploadkan nanti oleh fotografer KSSG yang baru iaitu USOP UMNO. Pihak KSSG mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelatih dewasa kami serta tetamu undangan yang hadir serta keluarga yang turut meluangkan masa untuk barbeku bersama. Terima kasih.

0 comments »

Leave your response!