,

Talk & Lawatan Kumbang Hitam Training Centre (KHTC) Ke Kelab Silat Seni Gayong (KSSG)

Saturday, January 21, 2012 Leave a Comment


Alhamdullilah, lawatan dan kehadiran Cikgu Radzuan Razak atau dikenali sebagai Kumbang Hitam atau nama FBnya GayongSchool Kumbang Hitam ke Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) bersama rakan seperjuang yang lain daripada Kumbang Hitam Training Centre (KHTC).

Lawatan pada malam tersebut mampu mengumpulkan lebih kurang 40orang pesilat bersama berkenalan dan merapatkan hubungan antara 2 pusat latihan dan 2 pertubuhan yang berbeza atas nama Anak Gayong.

Majlis dimulakan pada jam 9.20 malam dengan ketibaan Cikgu Radzuan bersama Anak Gayong KHTC. Kemudiannya sessi perkenalan bagi yang hadir dan diteruskan dengan perkongsian cerita mengenai pengalaman dalam mengembangkan Seni Gayong di luar negara.

Majlis dipanaskan sedikit dengan sessi soaljawab antara pelatih dan Cikgu Radzuan dalam beberapa isu dan sudut pandangan beliau kepada isu-isu yang jarang diketengahkan seperti isu pelatih bukan Islam dan perkara melibatkan motivasi pesilat kepada latihan mahupun kegurulatihan.

Sessi yang ditamatkan pada jam 11.30 malam disambung lagi dengan jamuan sambil bercerita pelbagai isu semasa sehingga lawatan ditamatkan pada jam 12.45 malam dengan sessi bergambar dan salam perpisahan beramai-ramai.

Terima kasih atas lawatan KHTC, InsyaAllah KSSG pula akan buat awatan balas ke KHTC di Kajang, Selangor.

1 comments »

  • Anonymous said:  

    rindu cikgu smkdatuk bahaman.

  • Leave your response!