, ,

Cikgu Mad Melaka Berada Di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur

Tuesday, February 28, 2012 Leave a Comment

Gambar semalam

Dengan izin Cikgu Mad atau Cikgu Mohammad bin Mad Nor, pihak kami ingin memaklumkan kepada semua Anak Gayong bahawa Cikgu Mad kini berada di IJN semenjak Khamis minggu lepas dan pemeriksaan andiogram akan dilaksanakan pada esok.

Keadaan Cikgu Mad sudah beransur sihat berbanding khamis lepas namun masih terdapat beberapa kesukaran dan halangan kesihatan.

Alhamdullilah, pihak kami sempat meluangkan lebih sejam bersama beliau semalam. Biarpun dalam keadaan uzur, beliau banyak bercakap soal Seni Gayong.

Apa yang lebih penting sebelum pihak kami pulang dan mohon izin maklumkan perkara ini, Cikgu Mad amat berharap pihak kami dan semua Anak Gayong menghulurkan doa untuk kesihatan beliau. Sesamalah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada beliau. Semoga semua rawatan berjalan lancar dan diberikan kesembuhan seperti sediakala.

1 comments »

  • Anonymous said:  

    semoga cikgu mohammad dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. InsyaAllah

  • Leave your response!