, , ,

KSSG Sekitar Program di Gelanggang Pusaka Warisan, Batang Kali

Wednesday, February 29, 2012 Leave a Comment

Menunai solat maghrib dan makan malam di dalam perjalanan ke Batang Kali.

"Siapa makan banyak ni?" Mungkin itu dalam fikiran Big Boss KSSG, sebab apa-apa program sebegini semua makan minum toll dan petrol ditanggung sepenuhnya oleh KSSG

Menunggu di Petronas Batang Kali sementara menunggu orang datang menjemput kerana tidak tahu jalan ke sana. Terima kasih atas jemputan dan tunjuk jalan kepada kami. Sekali gelanggangnya belakang Petronas tu saja. "Macamana Jai Puchong takleh hidu gelanggang malam tu"

Pakndak Majid meneruskan Majlis Mandi Tapak dan Mandi Seni kepada Anak Gayong ditemani oleh Cikgu Rasip dan Cikgu Fitri

Lupa apa yang Shams kata kat Cikgu Atan. Tapi ada benda yang buat semua tergelak. Antara senior dan junior tidak menampakkan jurang selain kesungguhan masing-masing dalam membawa Seni Gayong kepada tempat sepatutnya.

Semasa di sana, pihak kami dihujani pelbagai persoalan dan apa yang lebih baik ialah pihak kami tahu bahawa persoalan dan perkara sedemikian ada wujud ke atas kami. Kami amat hormat kepada guru-guru yang sanggup bertanya. Gambar di atas KSSG bersama Cikgu Amru Omar (Tok Dukun Pun Pengsan-TDPP) dan Cikgu Ismail Penang

Tahniah pihak kami ucapkan kepada Cikgu Basit atas kesungguhan menjayakan program ini. Kami hadir bila dijemput dan mengekalkan tradisi kami sedia ada.

KSSG sentiasa bersikap terbuka dan berkompromi selagi tidak bertentangan dengan matlamat KSSG.

Semua ahli KSSG diperkenalkan oleh Cikgu Shams kepada semua orang lama Seni Gayong malam tu. 

0 comments »

Leave your response!