, , , , ,

Guru Lama Meninggal Dunia.

Saturday, February 11, 2012 Leave a Comment

Mana pergi semua guru lama?

Pagi ini menerima berita daripada seorang rakan dan orang lama dari Silat Seni Gayong yang mana seorang guru lama. Amat lama orangnya telah meninggal dunia pada Januari 2012 lepas. Arwah tersebut adalah antara 2 lagi guru lama yang berada dalam senarai pendek guru asal yang ingin dilawati oleh KSSG. Tetapi apakan daya, rancangan Allah lebih baik.

Arwah sememangnya mempunyai rekod cemerlang dalan perjalanan Silat Seni Gayong mahupun namanya terpahat dalam mana-mana perjalanan pelajaran guru lama yang pernah anda semua kenali termasuk Pakndak Majid. Tetapi atas beberapa perkara, namanya hilang dan dihilangkan atas beberapa perkara dan sebab yang dianggap negatif. Pada pandangan kami, negatif itu tidak pernah disoal secara kendiri oleh pihak kita mahupun dicungkil cerita sebenar rajuk dan larinya Arwah dari jalan biasa Silat Seni Gayong.

Ingat kami lagi pada satu lawatan kepada guru lama dan juga anak murid ADMAR di Taiping suatu ketika dahulu. Beliau kata, antara lain rajuk beliau berpanjangan tetapi ADMAR secara peribadi yang turun ke Kuala Lumpur atas urusan Silat Seni Gayong telah menyelinap keluar dengan beberapa orang dipercayai untuk memujuk guru lama tersebut. Tidak ramai yang tahu tetapi setelah alasan dan sebab rajuk dimaklumkan kepada ADMAR, guru lama tersebut tidak mahu aktif lagi Silat Seni Gayong tetapi hormati ADMAR sebagai guru sehingga mati. Saksi kejadian telah meninggal dunia kesemuanya kecuali guru lama tersebut dan pihak yang membuat guru lama itu merajuk sahaja.

Berbalik kepada cerita Arwah guru asal tadi, mungkin kali ini nasib kami tidak bai untuk tidak ditemukan dengan Arwah sebelum Arwah meninggal. Selain Arwah ada seorang lagi guru asal yang dalam senarai kami yang patut di rangka awal lawatan kepadanya dan rangka lawatan telah dirancangkan dengan bantuan seorang murid lama dari zaman Pakndak Majid dari Sungai Petani. InsyaAllah.

Cuma apa yang ingin katakan, kita masih berbalah. Berbeza pandangan dan pendapat tanpa boleh berkompromi dalam apa jua bentuk. Tapi mereka yang lama sudah mula tinggalkan kita. Maka tinggallah golongan muda yang tidak kenal perjuangan yang lama dan memperjuangkan Silat Seni Gayong tanpa rasa kompromi atas dasar perpecahan yang semakin banyak..

4 comments »

  • Anonymous said:  

    siapa cikgu?

  • SH said:  

    ada saya selitkan namanya di dalam artikel di atas. Berita sama dah dimaklumkan kepada Pakndak Majid sebelum ini bersama kiriman salam daripada keluarga Arwah. .. Saya pula sedih ingatkan respon berita ini - Shams

  • Anonymous said:  

    ADMAR secara peribadi yang turun ke Kuala Lumpur atas urusan Silat Seni Gayong telah menyelinap keluar dengan beberapa orang dipercayai untuk memujuk guru lama tersebut. Tidak ramai yang tahu tetapi setelah alasan dan sebab rajuk dimaklumkan kepada ADMAR, guru lama tersebut tidak mahu aktif lagi Silat Seni Gayong tetapi hormati ADMAR sebagai guru sehingga mati. Saksi kejadian telah meninggal dunia kesemuanya kecuali guru lama tersebut dan pihak yang membuat guru lama itu merajuk sahaja. NAK TAU...SIAPA YG BUAT ARWAH MERAJUK?? KENAPA SEBENARNYA?? CUBA CERITA SIKIT...

  • Anonymous said:  

    Alfatihah kp arwah ismail mansor.

  • Leave your response!