, ,

Kutipan Derma Kasih Rasullulah SAW Ditutup.

Friday, February 10, 2012 Leave a Comment


Sebagaimana yang diwar-warkan di post yang lepas, kutipan bagi Program Kasih Rasullulah telah kami tutup secara bank in. Tetapi sekiranya ada sumbangan melalui serahan tangan boleh berbuat sedemikian selewat sabtu malam (esok). 

Dilaporkan sumbangan melalui bank in hanya mendapat kutipan sebanyak RM110.00 iaitu sumbangan seorang ahli lama KSSG sebanyak RM50.00 dan dua sumbangan yang tidak dikenal pasti sebanyak RM60.00. Selebihnya adalah sumbangan serahan tangan ahli KSSG.

Pihak kami berharap dan amat berbesar hati sekiranya lebih ramai Anak Gayong menyumbang untuk program yang lain kelak. Atau sebagai alternatifnya, mungkin kalau program ini baik, mungkin gelanggang lain turut boleh menganjurkannya.perkara yang sama.

Program serahan barangan serta sumbangan terkumpul akan dimaklumkan pada esok atau lusa.

0 comments »

Leave your response!