"Anak Gayong Di KSSG Paling Tidak Mesti Khatam Qulhu"
Thursday, May 03, 2012
Leave a Comment
Dalam Seni Gayong banyak amalan zikir dan kebatinan yang harus ditempuhi bagi mereka yang terpilih. Tetapi di KSSG, kalau anda hendak semua itu, kami juga tidak kedekut menurunkannya sekiranya ada layak. Tetapi banyak sudah kami tapis dan tolak semua mentera. Kami tambahkan dengan amalan zikir yang lebih baik dan amalan yang diperturunkan oleh Tuan Guru dan ahli dalam agama.
Apa pun, Qulhu harus dikhatamkan paling tidak sekali seumur hidup bersandarkan hadis Rasullulah SAW dan pesan Tuan-Tuan Guru mengenai kebaikan amalan itu.
KSSG memang menitik beratkan amalan dilaksanakan tanpa apa jua balasan atau niat tertentu kecuali pahala. Suka berkongsi mengenai satu cerita yang diceritakan di IKIM.fm baru-baru ini -
Seorang anak murid mengadu kepada tuan gurunya mengenai amalan hariannya yang dikatakan tidak memberikan apa jua kesan kepadanya. Lantas gurunya meminta anak murid itu mengambil air daripada sungai menggunakan bakul kayu dan membawa ke rumah. Berkali-kali melakukannya, anak murid itu mengalah dan mengadu sekali lagi bahawa kerja mengambil air itu sia-sia kerana air tetap akan keluar melalui lubang bakul tersebut. Maka gurunya berpesan, mungkin bagi kamu semua itu sia-sia tetapi bagi Allah tidak. Cuba lihat bakul itu. Mungkin dia tidak menampung air yang kamu bawa tetapi bakul itu lebih baik dan bersih daripada sebelumnya kerana kerap terkena air. Begitu juga amalan kamu.
Fikir-fikirkan.
0 comments »
Leave your response!