,

Arwah Ismail Mansor - Sila Betulkan Sejarah Gayong Anda

Sunday, May 13, 2012 Leave a Comment


KSSG mencari peluang dan cuba ikhtiar mencari Arwah semenjak 2008. Antara banyak cerita yang diceritakan mengenai beliau. Semuanya bergantung kepada cerita guru yang telah tiada. Baik Cikgu Awang Daud dan Cikgu Majid Isa, mereka tidak pernah tahu mengenai Arwah selepas beliau dikatakan 'merajuk' dengan ADMAR. Arwah bukan Anak Gayong pertama merajuk dengan ADMAR. Berapa ramai KSSG telah jumpa orang yang merajuk dengan ADMAR, cuba ambil gambaran apa kami ingin kongsikan.

Beberapa langkah telah hampir dalam mendapatkan lampu hijau bagi mendapatkan beberapa tangan daripada orang lama Anak Gayong agar diperkenalkan dengan Arwah. Tetapi perancangan Allah lebih baik, kami antara terawal dimaklumkan kematian beliau dan diamanahkan agar memaklumkan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk anak murid beliau, Cikgu Majid Isa (Pakndak).

Siapa Arwah dalam Seni Gayong
Arwah merupakan anak murid kepada Meor Aziz yang kemudiannya menerima amanah gurunya untuk mengembangkan Seni Gayong dan kebanyakan murid lama Seni Gayong di utara merupakan anak murid beliau. Tidak perlu kami namakan semua. Cukup diketahui antaranya ialah Pandak Majid Isa sendiri.

Beliau murid kepada Meor Aziz tetapi menurut cerita tiada ambilan ilmu terusbeliau daripada ADMAR. Mungkin ilmu yang diterima dikatakan lebih baik daripada Meor Aziz. Bagaimanapun kehadiran beliau banyak membantu ADMAR semasa hidup. Bagaimana beliau membantu ADMAR sebagai sahabat, itu urusan antara kedua Arwah dan ADMAR.

KSSG tahu ada komen sinis bagi perenggan kedua, tetapi selagi tidak temui beberapa orang yang di'sembunyikan' ADMAR semasa hayatnya, rasanya tidak perlu.

Kenapa Arwah Merajuk
Tiada sebab yang kukuh pernah dinyatakan oleh mana-mana guru Gayong. Malah rahsia beliau berguru dan mengajar disimpan rapi daripada ahli keluarga sendiri. Malah satu pun rahsia tidak diketahui oleh ahli keluarga beliau mengenai rahsia Gayong beliau.

Atas beberapa sebab, kami percaya beliau tidak setuju dengan tindakan dan cerita ADMAR mengenai Silat Seni Gayong yang banyak tidak kena padanya. Hilangnya bukan benci tetapi terus membawa Gayong.

ADMAR Memujuk Arwah
Ahli keluarga tidak pernah tahu mengenai ini. Tetapi pada tahun 1978, ADMAR dilihat goyah dan memerlukan kekuatan dan telah hadir memujuk terus ke rumah beliau di Gombak. Itu kali pertama dan kali terakhir ADMAR dilihat oleh keluarga Arwah. Arwah dikatakan setuju membantu ADMAR di utara tetapi seketika beliau balik dan meneruskan hidup beliau dan tidak ingin meneruskan Gayong bersama ADMAR tetapi melaksanakan berasingan dengan cara penerimaannya daripada Arwah Meor Aziz.

Pada saat sebelum kematian, diceritakan sebelum 1978 ADMAR telah pun beberapa kali hadir ke tempat kerja beliau dan beberapa tempat lain dalam memujuk beliau kembali kepada ADMAR untuk membantu meluaskan gelanggang Gayong tetapi ditolak dan turut diminta jangan dekati beliau bersama keluarga sehingga kehadiran ADMAR sendiri 1978.

Perkara ini tidak pelik bagi KSSG kerana satu fakta yang tidak dihebohkan mengenai ADMAR, kesemua guru Gayong yang dikatakan komited tetapi telah ramai meyendiri daripada ADMAR sekitar tahun 60-70an turut dilawati ADMAR dan dipujuk dengan pelbagai cara. 

Antara guru lama yang dipujuk ADMAR dan masih hidup akan hadir ke Majlis Tahlil 22.06.2012 nanti.

Arwah keluar Gayong
Fakta salah sama sekali. Malah selepas datang ke Lembah Klang selepas merajuk dengan ADMAR, beliau ada 3 gelanggang atas nama Gayong. Malah oleh kerana beliau belajar tidak bersilibus, maka latihan beliau adalah lebih asli sebagaimana yang diterima daripada Arwah Meor Aziz. Ada beberapa anak murid komited Arwah berada di Kedah, Sungai Besi, Negeri Sembilan dan Johor. Beliau mengajar sehingga tua.

Selain gelanggang Seni Gayong, Arwah turut bersama dalam 13 Mei. Beliau membawa ilmu Gayong dan nama Gayong. Tetapi beliau hadir sendirian. Beberapa rangka situasi kami perolehi melalui rakan 13 Mei yang terlibat sama iaitu Geng Selempang Merah yang masih hidup tetapi amat berahsia tetapi dapat dikenalpasti melalui temubual dan kami berjaya mencungkil sedikit sebanyak rahsianya.

Selain itu, 13 Mei mencatat rahsianya walaupun Arwah tidak bersama Seni Gayong tetapi bagaimana selempang merah sebanyak 3 helai kepunyaan Anak Gayong antara 3000 yang terima daripada ADMAR berada di tangan Arwah. 

Mengenai cerita Arwah menyertai seorang mahaguru A yang membuka perguruan baru adalah satu tanggapan salah. Terlalu panjang untuk terangkan situasi ini. Tetapi input bersama beberapa guru lama termasuk cerita Cikgu Awang Daud mengenai Mahaguru A turut kami himpunkan menjadikan cerita basi mengenai Arwah seolah ramai tidak menyukainya. Cukup setakat itu.

Arwah Keluar Gayong buka Perguruan baru sebab itu ADMAR suruh heret Arwah kepada beliau.
Setakat maklumat kami terima, ADMAR banyak berjumpa beliau semasa di Lembah Klang termasuk turut memujuk beliau aktif bersama ADMAR tetapi ditolak.

Ada kata ADMAR suruh beberapa tokoh heret Arwah jumpa dengan ADMAR sebab buka perguruan baru. Antara nama disebut ialah Pakndak Majid dan Cikgu Awang.

Cikgu Awang banyak cerita mengenai Mahaguru A tetapi nafikan ada disuruh cari dan bawa Arwah. Manakala Pakndak Majid bagitahu Cikgu Shams yang dulu depa nak cari lama tak jumpa tapi tak tahu mana. Tiada arahan ADMAR sedemikian. Perkara yang sama Pakndak Majid beritahu kepada anak Arwah, Abang Zaidi yang Pakndak Majid rindukan gurunya itu. tetapi nak cari tak tahu dimana.

Nota: Artikel ini ditangguhkan sekian lama. Banyak bahagian artikel ini kami tapis bagi mengelakkan komen dan kritikan serta pertikaian tidak kunjung padam. Apa yang penting perbetulkan sejarah dan tanggapan kita terlebih dahulu. Selebihnya kami simpan sebagai hak kami.

Pertemuan lewat turut memberikan input permainan yang agak berlainan dan benar kata Cikgu Awang mengenai permainan senjata apabila melihat bukti kepada senjata dan permainan sulit Arwah. Malah beberapa ilmu dan wafak penting ditulis dan disimpan. Manakala mentera tidak disalin. Pendek kata, Arwah jenis kuat ibadat dan kaki masjid.

6 comments »

  • Anonymous said:  

    TERIMA KASIH ANAK2 GAYONG KERANA MENCERITAKAN TENTANG ARWAH.SEDIKIT SEBANYAK KAMI TAHU JUGA TENTANG ARWAH...TAPI ARWAH MEMANG BANYAK BERAHSIA..YANG KAMI SENDIRI PUN X TAHU..TERIMA KASIH

  • SH said:  

    Terima kasih kembali daripada KSSG kepada ahli keluarga Arwah. Mungkin dengan input keluarga Arwah kami faham beberapa perkara yg tidak difahami pihak keluarga.

  • Anonymous said:  

    sebenarnye byk & semua guru lama tak tahu pun cerita Arwah. Tahu sipi2 sebab jumpa tp dak tanya. Mekasih KSSG.

  • SH said:  

    sama-sama

  • Pak Wan said:  

    Saya bergelar Pak Wan berguru digelanggang Perai iaitu gelanggang Arwah belajar dan mengajar Sanad kami melalui arwah Meor Aziz dan kemudian Cikgu Abd. Rashid Abd. Rahman. Arwah Ismail Mansor berasal daripada Bagan Dalam iaitu sekampong dengan saya. Terima kasih membuat pencerahan mengenai beliau. Saya pun tahu sedikit sebanyak pasal beliau tetapi tak boleh nak komen.

  • Anonymous said:  

    Komen la mengenai arwah...kami ingin tahu..

  • Leave your response!