, , , ,

Sumbangan Kepada Darul Misykah, Pulau Meranti Puchong/Cyberjaya

Sunday, June 24, 2012 Leave a Comment


Sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak kami pada Majlis Tahlil yang lepas, kami sertakan sedikit mengenai Darul Misykah yang masih bertatih dalam menjalankan aktiviti tahfiz dikalangan anak remaja Islam sepenuh masa.

Darul Misykah adalah satu tahfiz ala-homestay yang mana menyediakan tempat yang selesa bagi membolehkan pelajarnya dapat belajar dengan baik. Bertempat di sebuah banglo disewa di Pulau Meranti, mereka melaksanakan niat murni ini. Kos pelaksanaan adalah bergantung penuh kepada yuran yang dibayar kepada mereka. Namun ada juga kalangan pelajar adalah terdiri daripada anak yatim piatu dan dijaga oleh ibu tunggal dan datuk mereka.

Ambillah kesempatan dalam mengejar janji Allah SWT dalam perniagaan yang paling menguntungkan iaitu bersedekah. Bukahkah Allah SWT dan RasulNya menjanjikan suatu yang PASTI iaitu ganjaran 10 kali ganda akan dibalas tidak termasuk kelebihan yang lain.

Ini adalah butiran ringkas Darul Misykah -

Alamat
Lot 14735, Lorong Meranti 6
Sungai Rasau, Pulau Meranti
47120 Puchong, Selangor

No Telefon
Ustaz Haji Illias Ibrahim (Mudir) - 013-6311786
Nazrul Amri bin Mohd Salleh - 016-2226373

Facebook

Email
darulmisykah1712@gmail.com.my

Blog

Sebarang sumbangan berbentuk barangan atau tajaan kepada pelajar tertentu amat digalakkan. Semoga Allah jua membalas jasa baik pihak anda semua.

0 comments »

Leave your response!