, , ,

Latihan Asal Seni Gayong Bagi Tentera Malaysia

Monday, June 25, 2012 Leave a Comment


Cerita mengenai latihan asal tentera Malaysia yang bermula di Taiping di bawah asuhan Arwah Cikgu Mat Lazim dan Arwah Cikgu Siti Kalsom tidak benyak meninggalkan cerita kepada generasi kita.

Ada yang kata itu sejarah gelap Seni Gayong apabila seni yang diajar kemudiannya lenyap dan tiada apa jua menyumbang balik kepada Seni Gayong selaku silat dan seni tempur yang diterapkan ke dalam tentera Malaysia.

Rezeki KSSG sekali lagi peluang diberikan apabila bertemu mata dan sempat berkenalan dengan salah seorang daripada 89 orang tentera terpilih dalam menjalani latihan Seni Gayong di Taiping. Sekali gus menangkis pelbagai pertanyaan kepada generasi baru.

Pertemuan kami secara tidak sengaja. Seorang tua agak lemah tetapi nampak bertubuh gagah dan kasar melihat beberapa pesilat demo melintasi ruang majlis kenduri. Selepas 15 minit, Cikgu Shams meluru kepadanya yang jarak 200 meter dan bersalam terus sahut dalam salam Gayong serta mencium tangan orang tua itu, "Apa khabar Cikgu" sapa Cikgu Shams

Dalam nada terkejut dan sebak, beliau bertanya balik "dah puluhan tahun saya tinggalkan Gayong, mana tahu saya orang Gayong"

"cara memandang kekadang kita boleh faham. Gurulatih faham gurulatih" kata Cikgu Shams kepada pakcik itu. Beliau hanya memandang seperti fikirannya menjangkau balik kenangan lama semasa di dalam Seni Gayong. 

Bekas tentera yang kini berusia dalam lewat 70an itu kini menghabiskan masa bersama keluarga di sebuah negeri di selatan tanah air. Katanya kumpulan tentera yang dianggotai 89 orang tersebut adalah mereka yang terpilih sahaja bagi menjalani latihan Seni Gayong dan kemudiannya akan diterapkan sebagai TTS dan seni tempur utama tentera Malaysia.

Sekaligus mengambarkan kita bahawa mereka yang mengangotai pasukan 89 orang ini bukan antara platun rawak tetapi dipilih yang terbaik seluruh Malaysia dan mampu menerima latihan Seni Gayong. Bagaimana latihan latihan seni Gayong pada masa itu melangkaui latihan tempur dan semangat hidup tempur komando sedia ada.

Katanya, "kami menerima latihan dalam cara keras mungkin kerana siapa kami"

Dalam hati kami, mereka tidak menerima yang lebih keras berbanding yang lain kerana mereka dilatih oleh Arwah Cikgu Mat dan Arwah Cikgu Siti sebagaimana yang lain dan kebanyakan. Tetapi kami percaya mereka yang menganggotai pasukan ini bukan calang-calang orang kasar dan perilakunya, sebagaimana kata bekas tentera itu "memang mengajar Cikgu Mat dan Cikgu Siti tapi Arwah Dato mari pantau, itu gerun kami"

Biarpun mereka tentera, mereka mula seronok menerima ilmu Seni Gayong dalam kekerasan. Sehingga satu masa Panglima Tentera Darat masa itu amat berbangga dengan kehebatan dan kemantapan latihan Seni Gayong sehingga menyatakan hasrat untuk memasukkan Seni Gayong ini ke dalam tentera dan mengajar kepada semua tentera tanpa mengira agama dan bangsa.

Hasrat Panglima Tentera itu telah ditentang oleh 89 orang pasukan tersebut atas dasar ini ilmu melayu dan Islam. Mereka mogok tidak mahu turun latihan biasa Seni Gayong lagi dan tidak melakukan aktiviti. Dalam hati kecil kami berkata "Dengan Panglima Tentera pun diorang berani mogok, mana depa semua ini disimpan. Dasyat askar ni. Bukan cikai, berani sungguh"

Pakcik bekas tentera ini bercerita lagi "tapi Dato rileks je. Dia kata akan ajar asas-asas je pada orang lain. pada kamu akan diajar Seni Gayong"

"Tapi kami membangkang dan mogok lagi taknak turun belajar silat seni Gayong. Cikgu Mat dan Cikgu Siti tak berani kata apa" sambungnya

"Tapi bila tahu kami mogok lagi juga, Dato turun sendiri panggil kami. Marah kat kami. Marah bukan main lagi kami taknak turun belajar Seni Gayong sampai dia tampar dinding simen di kem kami sampai dinding tu terbakar." dia gelak bila sebut terbakar

Cikgu Shams menanya untuk memastikan "terbakar?"

"Yer terbakar simen tu, yang berani semua jadi kecut. Turun minggu tu training silat Seni Gayong. Sempat seminggu je mogok." cerita dalam gelak.

Kami wakil KSSG sempat bertanya mengenai latihan. Samada latihan biasa sahaja berbentuk fizikal ataupun ada amalan dibekalkan. "Ada la sikit-sikit amalan dia (Dato) bagi kat semua kami tu"

Kami cuba mengorek amalan apa dibekalkan pada anggota dan kawan-kawannya itu. Tetapi beliau tutup rapat sebagai rahsianya. Mungkin beliau rasa tidak selesa atas pertanyaan amalan yang diturunkan kepada semua tentera pada masa itu.

Cikgu Shams cuba lagi "begini cikgu, kalau saya sebut atau bacakan ayat depan, cikgu angguk kalau diberikan" Pakcik itu bersetuju.

Lebih 5-8 amalan biasa diberikan dalam amalan Seni Gayong adalah menjadi pakaian mereka termasuk paling penting ialah Qulhu (Surah Al Ikhlas). Wah! tergaman kami disebabkan mereka bukan belajar berpencak sahaja tetapi turut diberikan 'kebatinan'.

Mungkin dengan sedikit kepercayaan selepas menunjukkan kami Anak Gayong selepas membaca beberapa amalan Seni Gayong kepadanya, beliau menyambung cerita.

"kawan-kawan semua dah tua. Rasa ramai dah mati. Tapi kami askar ni paham-paham la. Banyak dugaan. Ramai jadi tak betul dan gila dah. Semua langgar pantang Seni Gayong. Pantang satu je, buat Allah suruh, tinggal yang Allah larang. Askar ni dari pasuka kami takyah cerita. Dengan minum dan perempuannya. Nauzubillah la saya ada bekalan didikan orang tua kita"

...........................

........

Nota: Beliau mengajar Seni Gayong tetapi lebih terhad kepada pentas kepada anak cucunya atas faktor kesihatannya. Salam beliau titipkan buat semua gurulatih Seni Gayong. Perbualan seterusnya menjadi bekalan dan inti pengalaman perjalanan kami.

0 comments »

Leave your response!