, , , ,

Makluman Kualiti Baju Batch Pertama T Shirt KSSG 2012/13

Saturday, October 06, 2012 Leave a Comment

Kualiti baju yang 100 pertama ini adalah kualiti baju yang biasa dijual antara RM30-35 atas kesilapan quote harga dan semasa print. Bagaimanapun, tiada kenaikan harga berlaku atas kesilapan tersebut. 

Jadi mereka yang membeli batch pertama akan beruntung dapat kualiti yang lebih baik sedikit. Stok adalah bergantung kepada siapa cepat dia dapat.

Harga jualan ialah RM15 tanpa kos pengeposan.
Kos Pos laju biasanya minima adalah RM6.00 manakala akan ada pertambahan dengan pertambahan kuantiti. Sila hubungi 014-9933774 atau PM Facebook Hisham untuk keterangan lanjut dan tempahan.

Cetakan kedua akan menyusul selepas stok ini hampir habis.

MAKLUMAN: 
Baju ini dijual secara terbuka kepada semua Anak Gayong atau bukan bagi merealisasikan memartabatkan kembali seni silat di mata rakyat Malaysia terutama orang Melayu sendiri. Disamping mempromosikan Seni Gayong, InsyAllah kami amat berharap kami dapat menanam minat dan kepercayaan semua rakyat malaysia kepada silat dalam membentuk keperibadian yang lebih baik untuk generasi mendatang.

0 comments »

Leave your response!