, , , ,

Sekalung Penghargaan Kepada Pereka Khat Kufi T-Shirt KSSG 2012/13

Monday, October 08, 2012 Leave a Comment

Malam minggu selepas latihan silat Cikgu Shams, T Shirt KSSG 2012/13 mula dibahagikan antara ahli KSSG yang telah membayarnya dan pembelian terus sebelum ia mula diposkan kepada seluruh Malaysia termasuk luar negara seperti Singapura, Indonesia, "Kelantan" dan beberapa tempat di Eropah.

Selepas itu, sebagai penghargaan kami di KSSG kepada ahli kami iaitu Norfaizull selaku pereka khat kufi di baju berkenaan, kami berikan sedikit saguhati. Sebab sikit amat, memang sagu lah. Apa pun kami di KSSG ucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara Faizul yang luangkan sedikit masa untuk buat khat berkenaan.

Ahli KSSG tersebut masih lagi belajar dalam masa yang sama bertindak sebagai research assistant di Universiti Putra Malaysia. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat khat kufi, boleh terus hubungi beliau melalui FBnya di SINI. Orangnya masih bujang!

Nota: Antara tradisi yang KSSG selalu laksanakan ialah menggunakan kesemua kemahiran yang ada pada ahli untuk pelbagai tujuan supaya selain mereka memberikan khidmat kepada KSSG, insyAllah kami di KSSG akan cuba untuk komersilkan dan ketengahkan bakat dan kemahiran itu.

0 comments »

Leave your response!