, , , , ,

Tempahan Demontrasi Silat Daripada KSSG

Saturday, October 20, 2012 Leave a Comment

Gambar Cikgu Shahril & Muhaimin selepas habis demo di Subang Jaya

Kepada sesiapa berminat untuk mendapatkan khidmat demontrasi silat daripada kelab ini, boleh hubungi Cikgu Shahril a.k.a Along di talian selamat 012-2699991 . Bermula hari ini, demo silat akan diuruskan sepenuhnya oleh Cikgu Shahril.

Pihak Kelab menyediakan team untuk demo silat bagi majlis-majlis berikut:
  • Majlis Kenduri Kahwin;
  • Perasmian majlis;
  • Majlis Korporat;
  • Majlis Kebudayaan;
  • Majlis khas dan sesuai untuk didemokan silat
Pakaian demo pula;
  • Sut 1 - Baju Silat lengkap
  • Sut 2 - Baju Silat/Hitam lengkap sampin, bengkung dan tanjak songket
  • Sut 3 - Kesemua di atas ditambahkan dengan baju layang / vest serta capal dan apa-apa dilihat melayu lama.

Nilai dan jumlah bayaran bagi demontrasi silat adalah berbeza mengikut majlis. Namun satu nilai minima ditetapkan oleh pihak Kelab. Laissez Faire Applied!

Nota: Sebelum kelab dikutuk, jumlah minima kami agak nampak kasar tetapi tindakan kami membuat ramai team demo silat (tidak terhad kepada Seni Gayong) mula mendapat tempat dan mampu menghidupkan silat. Jangan berkira sangat!

Tempahan awal adalah digalakkan memandangkan terdapat beberapa tempoh yang mana terdapat banyak permintaan kepada demo silat. Pihak kelab akan mengadakan satu demo sahaja sehari bagi merehatkan pesilat mahupun bagi menghindari kelewatan kehadiran dan sebagainya.

Terima kasih.

Sut 2 -  Pakaian Demo KSSG

0 comments »

Leave your response!