, , , , ,

KSSG Di Kaca Televisyen Korea Selatan

Tuesday, February 05, 2013 Leave a Comment

KSSG menerima panggilan daripada pihak penerbitan dari Korea Selatan untuk menjalankan pengambaran mengenai latihan KSSG secara khusus bagi tayangan di televisyen Korea Selatan. Selain itu, hasil pengambaran juga akan digunakan untuk bahagian promosi pelancongan Malaysia - Korea Selatan.

Penerbit sendiri turun untuk menjalankan pengambaran mengenai KSSG. 3 tempat pengambaran dibuat selama 2 hari.

Di Gelanggang Pusat KSSG, pengambaran dibuat bagi latihan biasa, demo tempur dan asas serta adat. Manakala Mandi Minyak, Pemecahan, Makan & Terjun Kaca, Makan Bara dibuat di Gelanggang Awam.

Sekalung Penghargaan buat Cikgu Suhaimi daripada Gelanggang Azzahra yang menawarkan dan membenarkan gelanggangnya digunakan bagi shooting kedua bagi mandi minyak dan beberapa demo lain. Turut serta ialah pesilat daripada Gelanggang PSSGM Az Zahra yang memberikan demo menarik dan ditemubual oleh pihak rakaman.

Selain Cikgu Suhaimi, Cikgu Rosman juga turut menyahut untuk turun ke tempat pengambaran terus daripada Taiping bagi membolehkan membuka gerai penerangan mengenai keris kepada penerbit Korea Selatan tersebut. Turut hadir ialah Pengerusi PSSGM Kuala Lumpur Cikgu Abdul Rahman Ibrahim.

Alhamdullilah, ini merupakan shooting luar negara yang kedua buat KSSG dan shooting khas mengenai KSSG pertama daripada luar negara. Di Malaysia, KSSG telah mendapat liputan khas mengenai KSSG sebanyak dua kali di Majalah3 dan juga Malaysia Hari Ini.

Pemecahan genting atap dibuat semua bentuk pemecahan oleh semua pelatih. Makan bara dan kaca dibuat oleh 2 orang sahaja. Bukan yang lain tak boleh buat semua tu tapi mereka kata "makan pizza sedap lagi"

Mandi Minyak didalang sendiri oleh KSSG dan dicampuri dengan herba untuk ubatan dan minyak urut. Disertai oleh pelatih dewasa KSSG dan pelatih remaja dan kanak-kanak Gelanggang Az Zahra, Kuala Lumpur.

Gambar-gambar lain boleh dilihat DI SINI




0 comments »

Leave your response!