Showing posts with label KSSG On TV. Show all posts
Showing posts with label KSSG On TV. Show all posts
,

Lain Berlatih, Lain Demonya

Wednesday, January 29, 2014 0 comments



Semasa dijemput, permainan sepatutnya keris. Dihantar yang berlatih dan biasa berkeris. Sekali bila sampai, pihak keluarga tidak mahukan senjata. Maka main tempur kosong dengan ruang yang amat-amat sempit. Ditambahkan pula tari solo ditempatkan dikawasan yang lagi sempit.

Permainan mengecewakan Tony Jai kerana gagal menunjukkan bakat secara total di majlis tersebut. ekoran itu saham dia jatuh merudum selaku orang bujang.



Read the full story

, , , , , , ,

Penggambaran KSSG bersama NatGeo - Sila Bersedia!

Monday, November 11, 2013 0 comments

24.10.2013: Shooting 30 minit. Yang terlibat Cikgu Shams
Hanya Shooting tease untuk pengenalan dan intro rancangan

Tiada gambar penuh, kan tahu pula di mana.
Cari angle siap KLCC belakang tu.

29.11.2013: Shooting 2 jam. Yang terlibat Cikgu Hazil dan sesiapa yang nak jadi pembantu sila bagitahu. Busana melayu penuh. 

01.12.2013: Shooting seharian. Yang terlibat Cikgu Hazil dan 6 pelatih dewasa dan 6 pelatih kanak-kanak. Yang lain di bangku simpanan. Busana melayu.

Tempat: Kg Baru, Saloma Bistro, Kg Paya, Kuala Lumpur.


Dilakukan penuh untuk NatGeo oleh produksi daripada Singapura


Read the full story

, , , , ,

KSSG Di Kaca Televisyen Korea Selatan

Tuesday, February 05, 2013 0 comments

KSSG menerima panggilan daripada pihak penerbitan dari Korea Selatan untuk menjalankan pengambaran mengenai latihan KSSG secara khusus bagi tayangan di televisyen Korea Selatan. Selain itu, hasil pengambaran juga akan digunakan untuk bahagian promosi pelancongan Malaysia - Korea Selatan.

Penerbit sendiri turun untuk menjalankan pengambaran mengenai KSSG. 3 tempat pengambaran dibuat selama 2 hari.

Di Gelanggang Pusat KSSG, pengambaran dibuat bagi latihan biasa, demo tempur dan asas serta adat. Manakala Mandi Minyak, Pemecahan, Makan & Terjun Kaca, Makan Bara dibuat di Gelanggang Awam.

Sekalung Penghargaan buat Cikgu Suhaimi daripada Gelanggang Azzahra yang menawarkan dan membenarkan gelanggangnya digunakan bagi shooting kedua bagi mandi minyak dan beberapa demo lain. Turut serta ialah pesilat daripada Gelanggang PSSGM Az Zahra yang memberikan demo menarik dan ditemubual oleh pihak rakaman.

Selain Cikgu Suhaimi, Cikgu Rosman juga turut menyahut untuk turun ke tempat pengambaran terus daripada Taiping bagi membolehkan membuka gerai penerangan mengenai keris kepada penerbit Korea Selatan tersebut. Turut hadir ialah Pengerusi PSSGM Kuala Lumpur Cikgu Abdul Rahman Ibrahim.

Alhamdullilah, ini merupakan shooting luar negara yang kedua buat KSSG dan shooting khas mengenai KSSG pertama daripada luar negara. Di Malaysia, KSSG telah mendapat liputan khas mengenai KSSG sebanyak dua kali di Majalah3 dan juga Malaysia Hari Ini.

Pemecahan genting atap dibuat semua bentuk pemecahan oleh semua pelatih. Makan bara dan kaca dibuat oleh 2 orang sahaja. Bukan yang lain tak boleh buat semua tu tapi mereka kata "makan pizza sedap lagi"

Mandi Minyak didalang sendiri oleh KSSG dan dicampuri dengan herba untuk ubatan dan minyak urut. Disertai oleh pelatih dewasa KSSG dan pelatih remaja dan kanak-kanak Gelanggang Az Zahra, Kuala Lumpur.

Gambar-gambar lain boleh dilihat DI SINI




Read the full story

, , , , ,

Slot Khas KSSG Di Wanita Hari Ini, TV3

Sunday, June 10, 2012 0 comments

Slot khas kedua buat KSSG di TV3  selepas Majalah 3. Isu yang dibincangkan ialah isu penyertaan kanak-kanak dalam silat. Tetamu ialah Cikgu Shams, Muhd  Nor bin Dahlan serta anaknya Muhd Muhaimin. 

Muhd Nor memberikan pandangan selaku bapa kepada Muhaimin yang dididik di dalam gelanggang silat di bawah pentadbiran KSSG

Terima kasih juga kepada 10 orang kanak-kanak daripada Gelanggang Bandar Saujana Putra yang berdemo di luar perkarangan muzium sempena slot tersebut dan juga demo sempena Pameran Semangat Budo.

Terima kasih buat semua terutama kepada krew Wanita Hari Ini terutama 2 jurumekapnya.

Semasa anda membaca ini, pihak KSSG dalam perjalanan ke satu tempat bagi bertemu muka dengan seorang anak murid Arwah Meor Aziz. 

Read the full story

, , ,

KSSG Di Hari Belia Negara 2012, Putrajaya

Thursday, June 07, 2012 0 comments


                     Demo Nazrin & Faiz semasa Hari Belia Negara

Alhamdullilah dan terima kasih buat Cikgu Mufti Ansari yang dapat menjemput kami bersama memberikan sedikit sebanyak demo silat sempena Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya baru-baru ini.

Mohon maaf kerana dalam masa yang sama terdapat beberapa demo kenduri kahwin dan demo khas di Central Market, Kuala Lumpur hari yang sama.


Read the full story

, ,

Trailer Terbaru Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) Oleh Mohd Nor Dahlan

Saturday, March 19, 2011 0 comments



Dalam kesingkatan masa, banyak lagi program kami tidak update termasuk beberapa berita ke Bandar Baharu Kedah dan Taiping baru-baru ini. 

Sementara itu kami linkkan anda kepada beberapa hasil kerja Mohd Nor yang terbaru dalam usaha menyimpan koleksi video lama dan sekaligus untuk promosikan KSSG.

InsyaAllah beberapa video baru akan dimasukkan dalam Youtube kami dan video lama akan dicompile sebagaimana di atas bagi tontonan semua pihak sekaligus untuk tujuan promosikan KSSG.

Pihak kami amat mengharapkan ana dapat klik SHARE di sini mahupun terus kepada SHARE video berkenaan bagi tujuan promosi dan kebaikan semua gelanggang Seni Gayong samada di bawah pentadbiran kami ataupun gelanggang lain.



Read the full story

, ,

Ringkasan Video Promo Latihan KSSG.

Tuesday, March 15, 2011 0 comments



Antara promosi bakal menyerikan YOUTUBE KSSG dan juga papan board sekitar Selangor dan promo disc yang bakal dihantar kepada semua pihak dan jabatan kerajaan kelak.

Namun yang ini baru percubaan sahaja dan menggunakan video sedia ada. InsyaAllah disc promo yang baik dan rakamannya akan dibuat kelak.

Kini dengan menaip KSSG atau Kelab Silat Seni Gayong, anda boleh lihat banyak video latihan kami mula ditayangkan di sana bagi tujuan promosi dan nama baik Seni Gayong.


Read the full story

, , ,

Sedikit Video Team Demo Remaja & Kanak-Kanak

Monday, March 07, 2011 0 comments








Untuk keterangan lanjut mengenai permainan, sila ke laman YOUTUBE KSSG
Sila SHARE untuk semua orang.



Read the full story

, , ,

Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) Di Majalah 3 - Isu Gurulatih Tidak Berani Sahut Cabaran?

Monday, February 21, 2011 0 comments



Kepada lain-lain video boleh lihat di Channel Youtube kami di sini

Itu kali pertama kami melihat hasil kerja TV3 melalui Majalah 3 setelah 3 minggu shooting bersama mereka. Banyak slot dan shoot tidak dimasukkan. Kebanyakaan masa Cikgu Shams, Cikgu Nor dan Cikgu Awang berkopiah. Mungkin ada sebabnya.

Selain daripada itu shoot yang dibuat di Masjid As Salam langsung tidak dimasukkan dan perkara ini dimaklumkan awal oleh Encik Amin, penerbit Majalah 3. Mungkin shoot yang tidak termasuk akan digunakan pada masa yang lain seperti slot gendang oleh Gemala Kasturi seminggu sebelum itu yang menggunakan silat yang melibatkan demo Anak Gayong di bawah KSSG.

Namun selepas di edit oleh Majalah 3 dan banyak yang tiada, kami amat berpuashati dengan jalan cerita yang amat jelas mengenai latarbelakang Cikgu Shams dan juga perjalanan kelab. Selain itu perjalanan pentadbiran kelab (KSSG) dan hubungan dengan ADMAA juga dijelaskan dengan baik antara hubungan murid dan guru. Perjuangan antara dua generasi antara guru muda dan guru tua amat berkesan untuk dijadikan motivasi selain mengenengahkan pelatih ADMAA sebagai satu pihak baru dalam senibeladiri Malaysia yang kini mula dikenali ramai.

Namun yang pasti, di dalam Majalah 3 ekslusif mengenai KSSG, Cikgu Shams ada menyebut mengenai masalah gurulatih dan tabiat orang melayu sekarang mengenai silat. Kalau Majalah 3 tidak edit sepenuhnya temubual, kita boleh tengok orang sebak apabila bercakap soal gelanggang, gurulatih, disiplin Anak Gayong dan mencari nama melalui silat tanpa memperjuangkan nasib disiplin anak melayu dan penyisihan guru-guru tua atas nasab ilmu dan adat.

Itu belum bercerita tentang mereka yang banyak sangat bercakap tetapi tiada masa dan pelbagai alasan untuk berbakti kepada masyarakat.

Nota: Hisham Nazir mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Sarjana dalam bidang perundangan dan seorang ahli badan profesional kepada Majlis Peguam Malaysia. Pernah dilantik menjadi ahli jawatankuasa Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah. Antara peguam muda melayu yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah berat dan berpengalaman luas sehingga Mahkamah Persekutuan secara sendirian walaupun umur semuda 33 tahun. Anda sibuk?




Read the full story

,

Tayangan Slot KSSG Dalam Majalah 3 Pada Sabtu, 19.02.2011

Thursday, February 17, 2011 3 comments

Alhamdullilah selama beberapa bulan Anak-Anak Gayong seluruh Malaysia banyak bertanya melalui Facebook mahupun SMS pihak kami mengenai slot KSSG di dalam Majalah 3, maka kami ingin memaklumkan bahawa slot dan pengambaran yang telah dibuat itu akan ditayangkan pada minggu ini.

Penerbit Majalah 3 sendiri ada SMS pihak Cikgu Shams pada malam tayangan Majalah 3 berkenaan gendang silat Gemala Kasturi dan selepas selesai penggambaran KSSG untuk satu program Radio Televisyen Malaysia (RTM), Encik Amin, penerbit Majalah3 sekali lagi memaklumkan mengenainya melalui telefon.

Menurutnya, Gendang silat dan Silat di asingkan walaupun pada awalnya patut disiar secara bersama dalam satu slot iaitu 30 minit. Tetapi kerana berita dan cerita yang agak panjang maka 2 slot telah dijadikan secara berasingan.

Menurut beliau juga pengambaran di Masjid As Salam terpaksa dipotong banyak kerana pengambaran dan sumber yang terlalu banyak dan padat untuk dimuatkan kesemuanya. Kami tidak pasti bagaimana rupanya perjalanan cerita itu nanti, sama-sama lah kita menuunggunya. Apa pun terima kasih atas sokongan berpanjangan anda semua kepada pihak kami.

Pihak kami berharap dengan apa yang KSSG telah buat akan memberikan laluan mudah kepada Silat Seni Gayong untuk terus ke depan. Dalam masa yang sama pihak-pihak gelanggang lain turut menerima tempias baiknya..

Cerita tambahan mengenai pengambaran KSSG di Majalah 3 -





Read the full story

, , ,

Kelab Silat Seni Gayong (KSSG) Bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Tuesday, February 15, 2011 4 comments

Pihak RTM yang menghubungi pihak kelab bagi mendapatkan beberapa temubual dan pengambaran bagi satu siaran di RTM tidak dihampakan walaupun notis pendek diberikan. Malah pengambaran dijalankan pada hari dan waktu bekerja. Budak-budak silat kami juga kebanyakannya bersekolah.

Seramai 18 orang berjaya dikumpulkan pada petang berkenaan bagi sesi pengambaran pertama pihak kelab dengan pihak RTM. Setakat ini pihak kelab dan gelanggang di bawah pentadbiran KSSG telah terlibat dalam semua pengambaran dengan stesyen televisyen dan ini pengalaman pertama dengan pihak RTM. Terima kasih jua kepada pelatih-pelatih Gelanggang Masjid As Salam yang meluangkan masa pada sesi pengambaran berkenaan.

Sesi pengambaran dibuat secara biasa sepertimana latihan biasa dibuat dalam gelanggang bermula daripada membuka tapak sehingga lompatan. Semua pelatih yang mampu meluangkan masa adalah pelatih berbengkung kosong sahaja. Semangat sungguh mereka.


Alhamdullilah setakat ini Gelanggang Masjid As Salam masih mampu mengekalkan ahli sekitar 40-60 orang pada tahun 2011. Semua komitmen dan semangat sebegini dapat diteruskan.

Pengambaran berlatar belakangkan Masjid As Salam, Puchong Perdana kerana notis pendek pihak kami tidak dapat memaklumkan kepada pihak Masjid mengenai program ini. Bimbang kalau penggunaan foyer selain hari latihan akan menimbulkan rasa tidak senang kepada mana-mana pihak. Biasalah nasib silat tidak sebaik taekwondo dan sebagainya di mata orang melayu, sebab taekwondo yang membebaskan penjajahan dan mendidik keIslaman melayu 


Terima kasih daripada kami kepada pihak RTM. Sebarang program, boleh hubungi kami lagi - 014-9933SSG (774)



Read the full story