PERTAMBAHAN GURULATIH DI LEMBAH KLANG
Sunday, April 14, 2019
Leave a Comment
Alhamdulillah, akan berlaku lagi penambahan gurulatih di Lembah Klang bagi Sendi Harimau. Malam tadi 3 gurulatih baru datang berlatih silibus senjata simbat dan pisau.
Apa pun perkembangannya nanti, pihak Persekutuan amat berharap ini akan memberikan satu impak yang baik dengan usaha Persekutuan untuk menubuhkan lebih banyak gelanggang di Malaysia bagi mendidik generasi muda muslim dan juga masyarakat yg lain.
Pesan saya, tanamkan niat ikhlas untuk kembangkan silat seperti untuk dakwah, kesihatan, silaturrahim, kemasyarakatan dan menyebarkan kebaikan. Selebihnya Allah SWT akan ganjarkan.
Silat bukan wadah untuk tunjukkan kehebatan dan berbangga dengan pencapaian. Ditegaskan bahawa Seni Gayong ini adalah seni perang. Maka fahami maksudnya.
Seni Perang bukan bermaksud ganas, hebat, kasar dan pandai bersilat. Tapi lebih kepada bagus agama dan amalannya. (Cari artikel lama pasalnya)
InsyaAllah ada lagi 2 pertambahan untuk jadikan 5 gurulatih baru?.. doakan yang baik-baik. Anak muda turun berpeluh di gelanggang pun kami sudah cukup seronok.
Kalau setiap orang ada satu gelanggang, dah 5 gelanggang baru. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan kami.
Kalau setiap orang ada satu gelanggang, dah 5 gelanggang baru. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan kami.
NOTA: Semalam ulangkaji pelajaran asas pisau dan tongkat. Daripada 7 asas, kami silibuskan 4 asas. Manakala 3 asas lagi kami khaskan untuk gurulatih Merah dan Kuning.
0 comments »
Leave your response!